Sunday, January 22, 2012

Jiwa ini Perlu Besar (Keajaiban Urusan Org Mukmin)


do_not_grieve

Bismillah.

Amat jarang sekali saya menulis tentang diri sendiri. Saya hanya akan menulis berkenaan hidup saya apabila saya berpendapat bahawa ianya bermanfaaat untuk manusia, muslim khususnya. Seingat saya di dalam seratus lebih artikel dalam halawatul eeman ini, hanya ada 1 atau 2 berkenaan diri sendiri di postkan. Saya lebih suka berkongsi input dari mana-mana buku yang saya baca. Itu lebih menguntungkan pembaca saya kira. Jadi, jika lama blog ini ‘stagnant’ maka fahamilah, samada tuannya mungkin tidak membaca pada tempoh tersebut, ataupun telah terlupa ‘essence’buku yang telah di baca :).

Sahabat-sahabat terdekat sudah semestinya tahu ujian yang saya tempuh dalam seminggu dua ini. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang mengungkapkan kata-kata semangat. Alangkah terharu apabila seorang rakan datang secara tiba-tiba keluar dari dalam kereta mendatangi serta memeluk saya sambil membacakan ayat-ayat terakhir surah al insyirah. Terima kasih Athirah, I really appreaciate it. Semoga kalian (sgt ramai untuk disebutkan nama semuanya di sini) semua Allah ganjari.

Bila kita ditimpa musibah, kemudian kita bersabar, barulah kita akan mengetahui betapa besar peranan sabar kepada jiwa kita.

Orang Mukmin dan orang bukan mukmin mempunyai dua pandang berbeza dari sudut pengaturan, pengamatan, ketetapan dan nilai dalam kehidupan mereka. Ini bermula dengan skop pandang faham bagaimana mereka menerima nilai yakin dan percaya terhadap sesuatu yang berlaku dalam kehidupan mereka.

Orang Mukmin melihat segala sesuatu yang berlaku adalah dengan ketentuan, kehendak serta ketetapan Allah yang Azali.

Orang kafir pula melihat sesuatu yang berlaku mengikut tabi'e semulajadi kehidupan serta hasil usaha tangan mereka. Jika berjaya, gembira. Jika gagal, berduka. Jika senang, lapang. Jika susah, sempit. Jika sihat, bersenang. Jika sakit, merintih. Begitulah sifirnya.

Disinilah berbezanya urusan manusia.

Beza antara manusia yang bertuhan dan juga manusia yang tidak bertuhan.

SEMUA URUSAN ADALAH BAIK

Nabi Muhammad SAW telah memberitahu kepada kita tentang keajaiban ini. Nilai keimanan dalam jiwa orang Mukmin telah memberikan indikator atau kekuatan dan keistimewaan yang luar biasa kepada orang Mukmin.
Perhatikan hadis ini:



Sifat orang mukmin dalam mengharungi sebuah kehidupan pada pendapat saya diasaskan dengan tiga tonggak dan kunci utama.

1- Syukur atas nikmat/kesenangan.
2- Sabar atas ujian/kesusahan.
3- Tawakkal kepada apa yang akan diberikan Tuhan

SYUKUR

Syukur secara definisi mudah adalah melahirkan rasa berterima kasih dan penghargaan apabila menerima sesuatu yang menyenangkan hati kita. Ini bahasa mudah.Namun, terima kasih dan penghargaan kepada makhluk (manusia) adalah berbeza dengan syukur (terima kasih) kepada Tuhan.Menurut perbahasan Al-Imam Al-Raghib, kalimah Syukur (شكر) itu adalah keterbalikan daripada kalimah (كشر) yang memberi maksud (الكشف) iaitu terbuka.

Apa yang terbuka disini?

Orang yang bersyukur adalah orang yang hatinya terbuka menerima apa jua pemberian dan kurniaan. Kecil atau besar. Sedikit atau banyak. Terima saja seadanya dengan hati terbuka. Maka Allah dengan segala sifatnya as Syakuur bersyukur kepada kita atas sedikit amalan baik yang kita kerjakan dengan memberikan balasan berupa pahala berlipat kali ganda di dunia dan akhirat. Tidak terkeliru jika kata as Syakuur itu sebenarnya terdiri dari dua unsur; sedikit amalan dari kita, balasan berlipat ganda dari Tuhan kita.

SYUKUR vs KUFUR.


Kalimah (كفر) bermaksud tertutup atau terhijab. Orang yang bersyukur sentiasa nampak dan melihat. Sentiasa dapat melihat apa yang dia ada dan dia miliki.Orang yang kufur sentiasa tidak nampak. Sentiasa tidak dapat melihat apa yang dia ada. Orang yang bersyukur akan menghitung nikmat yang ada hingga tidak cukup lafaz Alhamdulillah dan ketaatannya pada membalas nikmat yang ada. Orang yang kufur akan mengeluh dan kecewa dengan segala yang tiada di tangannya hingga datang pelbagai penyakit jiwa dan agama. Inilah ajaibnya urusan orang Mukmin. Apa yang diterima dan disyukuri, itulah kebaikan buatnya.

SABAR

Sabar pula biasanya adalah perasaan tahan diri dan cekal jiwa apabila kita menerima apa yang bertentangan dengan kehendak dan keinginan hati kita.
Sabar adalah lambang kecerahan dan kepujian kepada diri individu tersebut. Sabar berkait rapat dengan soal hati yang mana jarang-jarang manusia dapat menguasai hati yang kecil ini.

DI MANA KEBAIKAN SABAR

Beza antara orang Mukmin dan orang kafir dalam menghadapi bala' adalah bagaimana hati dan jiwa menerima ujian tersebut.

Orang Mukmin yang redha akan menerima pahala berganda. Satu, pahala menerima ujian. Dua, pahala bersabar. Tiga, pahala berdoa mengharapkan pelepasan ujian. Empat, pahala memohon ampun taubat atas kesalahan.

Semakin dekat pada Tuhan.
Semakin baik akhlak.
Semakin tenang hidupnya.
Orang Mukmin, sabarnya adalah penghapus dosa.
Malah jika ingin mengenal manusia, cubalah berada ketika dia marah.
Kerana sabar adalah ibadah, kerana sabar adalah susah, kerana sabar adalah sifat yang terpuji.

KENAPA PERLU SABAR

Sabar berperanan untuk membersih dan menyucikan pegangan,iktiqad serta aqidah daripada berpaling atau berlawanan dengan ketentuan/hukuman Allah Taala. Sabar juga adalah cahaya ke dalam diri ketika mana kegelapan menghadapi bala atau kecelakaan yang menimpa

Sabar adalah sebab kepada terhasilnya segala setiap kesempurnaan akhlak.

Ketahuilah,

Sabar yang sebenarnya adalah yang tiada pengaduan padanya, tiada rintihan padanya melainkan kepada Allah. Itulah sebenar-benar sabar. Ajaib sungguh urusan mukmin! Apa jua bencana dan kesusahan yang diiringi dengan sabar, itulah juga kebaikan untuknya.

TAWAKKAL

Tidak seperti sabar, yang boleh dimanifestasikan dengan anggota zahir, tawakkal merupakan ibadah hati. Tidak terkait dengan anggota badan. Kaki, tangan dan lisan harus bekerja seolah-olah tiada tawakkal. Sedangkan hati tidak sedikit pun terkesan dengan anggota tersebut. Sehingga tidak akan memikirkan hukum sebab dan akibat kerana dan hanya terkait dengan Allah sahaja.

Saudaraku, setiap kali Allah menutup pintu rezeki atau kebahagiaan, dia akan membuka enam atau tujuh pintu yang lain. Tetapi di saat kita melihat dunia ini dengan penuh kegelapan, saat itu ketahuilah bahawa al Wakiil tidak pernah menyiakan kita, bahkan Dia akan membuka pintu yang lebih baik untuk kita dan lebih kita redhai.

Itulah al Wakiil. Al Wakiil tidak pernah membiarkan kita sahaja. Dia tidak pernah menghalangi satu rezeki pun kepada kita. Apabila Dia berkuasa menghalangi, maka ketika itulah Dia mahukan kita memikirkan hikmahnya- bahawa Allah swt membuka jalan rezeki dengan menutup jalan rezeki yang lain- atau untuk menguji dan mengampuni kita, sehingga kita keluar dari dunia sebagai penghuni syurga. Lalu, wahai manusia, mengapakah kamu enggan bertawakkal? Betapa besarnya kerajaan Allah swt dan pengaturannya terhadap alam semesta ini, hingga kita tahu betapa layaknya kita bertawakkal pada Allah swt sahaja:



Maka, untuk sahabat-sahabat yang selalu bertanyakan khabar saya. Saya sangat menghargai kesantunan kalian terhadap saya. Terima kasih saya ucapkan. Namun, untuk saya menceritakan kronologi satu persatu kepada kalian itu suatu perkara yang agak mustahil kerana biarlah ianya berada di pengetahuan Allah serta ingin mengelakkan diri dari memburukkan mana-mana pihak. Kerana, saya yakin dan percaya perkara ini berlaku atas uruan serta kehendak Allah. Dan Allah semestinya mahu yang terbaik untuk saya. Jika ummi abah mahukan yang terbaik untuk anak perempuannya, semestinya Allah lebih dari itu kerana saya hanyalah berupa pinjaman dari Allah kepada kedua ibu bapa saya. Pemilik mutlak diri kita ialah Allah swt. Cukuplah kita mengetahui bahawa urusan jodoh adalah urusan ghaib; hanya Allah yang Maha mengetahui yang terbaik. Wa ufawwidhu amri ilalLaah (dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah).

Usahlah didoakan dikecilkan ujian, tetapi doakanlah dibesarkan jiwa dan dikuatkan iman menghadapinya :)



try not to cry..little one :)

p/s: saya menulis untuk memberi peringatan kepada diri sendiri. Doakan sahaja saya boleh melepasi ujian Allah ini dengan sepenuh kejayaan duniawi & ukhrawi. :)

input:
1) Dengan Nama-MU aku hidup; Amru Khalid
2) Hati Sebening Mata Air; Amru Khalid
3) Konsep Ujian; Ust Tengku Khadim

13 comments:

husnataqwa said...

ummi, insya ALLAH, selalu doakan ummi. Ada di rumah kelantan ke? ingat mahu ziarah. =)

Ummi, be strong. =)

uwais al-bernamy said...

setiap org ada ujian dan ia bukan natijah daripada kesalahan yg kita lakukan.kita tdk boleh menyangka ujian adlh satu kewajipan dlm jln dakwah atau bilamana tdk berhadapan dgn ujian, ada kesilapan dlm jln dakwah itu kerana ujian itu adlh sunnatullah=]

ALLAH tidak mungkin menzalimi k.yani..moga sentiasa diberi kesedaran dan redha dgn ketentuan ALLAH.

cahaya kelembutanku said...

una: umi ada je kat kelantan. nak ziarah?maila silekan..sentiasa terbuka pintu rumah ni utk adik2 :)

uwais: tq..insya Allah ameen.
من يرد الله به خيرا يصب منه

khairabadan said...

semoga diberi kekuatan sahabatku..tiada milik kita melainkan kesemuaNya milikNya

khairabadan said...

semoga diberi kekuatan .tiada milik kita melainkan kesemuanya milikNya.

Khaulah Azwar said...

Subhanallah! Tabarokallah! Akk berbangga dgn yani, alhamdulillah ya Rabb, aku yakin adikku ilyani kuat menghadapi ujian-Mu ini. Terus berikan kekuatan kpd beliau dan kami, agar kami dpt bersama2 menghadapi ujian-Mu dgn penuh taqwa dan redha..

Bintu Qawaid said...

mendengar crita dari sepupu kak yani memang menyentuh hati.Tapi itulah tanda Allah sayang pada kak Yani.
http://usratuna-saadah.blogspot.com/2012/01/soalnya-hati.html

Anonymous said...

great people see great things!!! u'r strong my dear..i know that :)-niha's

Anonymous said...

Allah3..Dunia ni fana',kan dik..jadi yg kekal milik Allah..
Setiap ujian,sebgai asbab utk kita semakin dekat denganNYA.
Hikmah setiap urusan,akan kita ketahui..bezanya - lambat atau cepat.
Bykkan berzikir - La haula wala quwwata illa biLLAHI Al Aliyy, Al-Azhim
BaarakaLLAHUfik,yang :)- K Izzatie Aziz,Kedah.

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

cahaya kelembutanku said...

ya Allah..minta maaf xsempat utk menjenguk dan reply komen2 di sini. terima kasih kakak2 kerana masih ingatkan saya :) doakan sahaja saya dikentalkan iman :)

Anonymous said...

selalu admirer kak yani...atas kesabaran dan kecekalan hati kak yani...nanti yan carikan sup ayam terbaik untuk jiwa kak yani (chicken soup for the soul)..hope to see u bila2...insyaAllah...=)

-munadhia izyan-

cahaya kelembutanku said...

yan..terima kasih atas du'anya..
k yani ni kecik je ujiannya..Nabi2,org2 dulu jauh lebih hebat ujian yang menggoncang iman :)
bestnye dpt chicken soup for the soul..mmg akak tgh cr jgk..buku zaman muda2 dulu xtahu dah duk mana..hehe
(sape suruh xsimpan elok2 sblm rumah kene renovate) hehe

AFY said...

Accidentally tersampai ke blog ini.

Berat telinga mendengar, berat lagi hati yang merasa.

Moga redha ALLAH milik kamu, agar seluruh makhluk bersama mendoakanmu.