Sunday, December 11, 2011

Pencemaran iman



Jari ini tidak dapat berdiam diri. Sentiasa mahu menekan butang 'key board'. Tangan dan jemari ini rimas. Tidak dapat menahan 'temptation' bahawa perkara salah tetap salah dan saya perlu berbuat sesuatu.Itu apa yang diajar kepada saya. "never say yes to ma'siah' even if you are a silent fellow". Maka jika mampu berkata-kata, tegurlah. Jika mampu menulis, tulislah.Saya pilih menulis.

Isu hangat diperkatakan ialah:



Generasi Y (dengan melihat gambar sudah memadai untuk memahami apakah ini) :)

saya katakan ianya satu pencemaran iman kerana:

1) dari hukum bahasa the purpose of pollution is = There is no purpose for pollution :)
It exists because people are too cheap and/or lazy to dispose of their garbage properly, and are to greedy and/or lazy to find less polluting ways of doing things.

Ini yang saya rasa,dan pencemaran iman melibatkan pemikiran karut, skeptis, tamak, pemalas untuk mengetahui tentang agama sebenar. Dan hanya menggunakan akal yang cetek dalam menafsirkan sesuatu yang bersifat fundamental.

2) Ia merupakan pencemaran secara terang-terangan kerana siaran tersebut disiarkan kepada masyarakat tanpa ada sisi-sisi pencerahan setelah itu. (maknanya sememangnya mereka mahukan masyarakat berfikiran mentaliti kelas terendah sebegitu)

3) Adakah 'valid' dengan menampilkan gaya masyarakat kampung di kedai kopi kononnya untuk mempengaruhi serta meracuni minda rakyat taraf universiti?!

"Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim."

4) Cukuplah dengan bertimbun cerita-cerita tahyul yang menyesakkan dada serta menyesatkan iman.Rasulullah pernah berpesan:

Nabi saw pula:
“ Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Para sahabat bertanya, Apakah tujuh perkara itu? Baginda menjawab: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari, Kitab Sahih al-Bukhari, Kitab al-Hudud, Bab 44, hal. 33)

5) Cukuplah..cukuplah..wahai pemerintah..suka di sini saya ingin katakan,saya ingin sekali mendengar ucapan nasihat daripada kalian terhadap sekalian rakyat jelata. Adakah kalian peduli tentang solat rakyat kalian? adakah kalian sangsi bagaimanakah zakat rakyat kalian? adakah kalian tenang dengan akhlak rakyat kalian?
Cukuplah dengan pencemaran seperti ini..

(SURAH AL AN'AAM AYAT 70)

Maksudnya
Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).



Ingatlah penegasan wahyu Allah swt kepada kita semua melalui surah al Ahzab ayat ke 36 :

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا

maksudnya :

"dan tidaklah layak bagi orang yang beriman samada lelaki atau perempuan, apabila telah ditetapkan oleh Allah swt dan RasulNya akan sesuatu perkara, bahawa ia membuat pilihan yang lain selain dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang mengingkari Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan suatu kesesatan yang nyata."

Tetapi sedarkah kita bahawa kita semua sebenarnya memikul amanah dan menjadi ‘orang kepercayaan’ Allah. Jika ditanya, adakah kita sanggup mengkhianati Allah? Pasti jawapannya tidak.

Padahal hakikatnya kehidupan kita dipenuhi dengan pengkhianatan terhadap Allah. Tidak melaksanakan suruhan dan hukuman yang ditetapkan olehNYA adalah pengkhianatan terhadap Allah.

Melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah adalah pengkhianatan terhadap Allah. Pendek kata, kita lebih patuh kepada manusia berbanding Allah…

Berhati-hatilah wahai manusia apabila mengeluarkan pendapat mengenai hukum Allah.tak takut mati ke?adakah kamu yakin dgn kehebatan kamu boleh meninggi sehingga ke udara dan menembusi kerak bumi?




p/s: hanya punya secebis kekuatan untuk menge'post'kan salah satu artikel lama. Maaf kawan-kawan outofdate.

2 comments:

Miss "L" said...

alhamdulillah,update juga blog cahaya kelembutanku.

cahaya kelembutanku said...

terima kasih.doakan moga istiqamah :)