Tuesday, February 15, 2011

New Quantum Tarbiah


Bismillahi wal hamdulillah..
Saya sedang menghabiskan saki-baki pembacaan saya dalam New Quantum Tarbiah (membentuk kader dasyat penuh manfaat) karangan Ust Solikhin Abu Izzudin. Cara penulisannya yang bersajaha tetapi memberi impak pada jiwa.

Sebelum ini kita hanya mengetahui kepentingan masa. Syaratnya habis sesuatu program islami dengan menghabisinya dengan suratul Asr serta tasbih. Apakah kita tidak merasai apa-apa setelah itu? Ust Solikhin telah membawa diri saya ke satu sudut pandangan yang berbeza. Betullah kata-kata ulama’ bahawa, buku adalah taman orang mulia, perkebunan orang yang cerdas dan tempat rekreasi orang terhormat. Saya berani mengatakan, mesti kita semua mendapat sesuatu ilmu baru daripada pembacaan. Maka, selalulah membaca. Letakkan matlamat di akhir pembacaan apa yang anda sudah dapat, telah dapat dan apa lagi yang anda ingin bangunkan. Maka bergeraklah kearah kebaikan-kebaikan hasil resolusi pembacaan kita.

Di dalam buku tersebut terdapat subtopic, siapkan pemikiran, konsentrasikan diri. Gunakan otak kanan dan otak kiri. Gunakan otak sendiri dan pinjamlah orang lain. Ayat ini amatlah bertetapan di kalangan penggerak amal islami apabila perlu menggunakan segala daya kekreatifan untuk membangun manusia serta menyemak masalah agar ianya berubah menjadi maslahah. Terdapat ramai di kalangan sahabat-sahabat seperjuagan yang sangat hebat menggunakan daya pemikiran mereka, maka pelajarilah daripada mereka daya berfikir yang mantap kerana orang yang berakal berfikir sebelum berbicara, orang bodoh bicara sebelum berfikir. Ekspresi sesesorang adalah cermin pemikirannya. Bukalah pemikiran serta kenalkan ia dengan ilmu akrabkan ia dengan wawsan dan persiapkan ia untuk masa depan.

“ Hai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya, dan Abdullah Ibnu Mas’ud berkata, Rasulullah membuat gambar segi empat, dan di tengah-tengahnya ada garis lurus memanjang hingga ke luar garis kotak. Lalu nabi menrangkan ini manusia dan garis persegi itu kurungan ajalnya. Sedangkan kurungan garis panjang yang keluar dari batas itu adalah angan-angan serta cita-cita manusia dan garis kecil itu ialah gangguan-gangguan yang selalu menghinggapi manusia maka bila kita selamat dari yang pertama, mungkin terkena yang kedua, jika ia terhindar dari yang satu mungkin akan terkena yang lain” (H.R Bukhari)

Pernah pada satu ketika as-Syahid Imam Hassan al- Banna merindukan suatu buah untuk dimakan. Buah seperti buah epal yang pernah dibacanya dalam sirah nabawiyah. Dia rindu sekali untuk merasa buah itu. Apabila berada dalam suatu perjalanan di berjaya menemukan buah itu. Itulah kekuatan ‘QUANTUM HARAPAN’. Kini dakwah beliau yang suatu ketika hanyalah ‘mengetuk’ hati-hati yang berada di warung-warung kopi, namun sekarang menjadi antara punca ketakutan zionis. Ini kerana impian hari ini adalah kenyataan di esok hari. Saya suka membawa kisah-kisah yang biasa-biasa sahaja agar yang biasa itu kita bisa memandangnya secara luar biasa dari sudut berbeza.

Nyalakan harapan, lakukan lompatan dengan percepatan. Tuliskanlah harapan-harapan berikut, adalah lebih baik jika berkongsi terutama dikalangan ahli-ahli usrahmu:

  1. HARAPAN TERHADAP DIRI
  2. HARAPAN PADA SETIAP PERKARA
  3. HARAPAN DALAM TARBIAH
  4. HARAPAN DALAM HALAQAH
  5. HARAPAN DALAM HIDUP

Bangunkan komitmenmu. Ekspresikan harapanmu dengan yang terbesar yang ingin diraih dalam hidup ini. Demonstrasikan cita-cita itu seperti Khalifah Umar Abdul Aziz

"sesungguhnya jiwaku adalah jiwa perindu, jiwa itu merindukan kepemimpinan, maka aku mendapatkannya. Jiwa itu merindukan kekhalifahan, maka aku pun meraihnya. Kini jiwa itu merindui syurga"

Subhanallah.. betapa pemimpin hebat punya wawasan, matlamat serta komitmen. Maka untuk mewujudkan cita-cita besar dan harapan perlu proses dan perjuangan. Komitmen untuk menjadi baik dan terus menjadi baik. Komitmen untuk bangkit. Saya amat percayakan ini, apabila Allah mahu memberikan sesuatu sifat yang baik kepada seseorang maka Allah akan melakukan proses ujian untuknya. Maka sahabat, bersyukurlah jika kita dipilih Allah untuk di uji. Menjadi orang penting itu adalah baik tetapi menjadi lebih baik itu adalah jauh lebih penting. Wujudkanlah harapan untuk diri kita.

"sungguh tidak ku dapatkan cela yang lebih besar dari dalam diri seseorang kecuali kemampuannya untuk sempurna, tetapi dia tidak mahu berjuang untuk meraihnya" kata Abu Thayyib al Mutanabbi.

KINI LAKSANAKAN

Untuk lebih menguatkan komitmenmu, silakanlah tulis komitmen itu, jika malu tulislah di dalam planner yang anda sering buka.

  1. Tulis apa yang kita mahu
  2. Lakukan apa yang sudah ditulis
  3. Dokumentasikan serta muhasabahlah

Saya yakin dan percaya sahabat-sahabat sudah pun mahir dalam membentuk SWOT. Jadi lakukanlah SWOT untuk diri sendiri, analisis serta dokumentasikan. Di manakah kekuatan kita, kelemahan yang perlu diperbaiki, peluang-peluang yang kita ada, cabaran,dugaaan serta ujian… maka tambahlah satu ‘column’ dibawahnya harapan terhadap perjuangan ini.. nescaya Rasulullah akan tersenyum di syurga. Bangga punya umat di akhir zaman punya pemikiran sebegitu.

Maka, dengan adanya matlamat yang jelas, perkara yang saya mahu bincangkan tentang masa di atas adalah lebih mudah. Resolusi saya apabila ada rakan bertanya adakah saya hafal satu persatu point yang dibentangkan di dalam setiap pengisian ceramah saya katakan tidak. Tetapi apa yang saya buat adalah saya telah menetapkan matlamat apa yang saya mahu capai di akhir setiap program. Matlamat untuk diri saya, agar selepas ini saya boleh menjawab persoalan berkaitan hal tersebut apabila ada rakan yang bertanya. Matlamat saya agar saya boleh mengolahnya semula menggunakan butir-butir kata saya sendiri. Begitu juga halnya pelajaran.

Jadikanlah setiap ‘moment-moment’ dalam peristiwa sekolah hidup kita adalah ‘moment’ yang paling baik untuk dipelajari hikmahnya. Jadilah orang yang cerdas.. Apabila Allah takdirkan sesuatu peristiwa ke atas kita, maka yakinlah akan ada suatu hikmah yang Allah mahu kita pelajari. Rakamlah ia dalam mindamu, dokumentasikan untuk menyenangkan proses muhasabah. Kerana..

"perjuangan itu….

Dirintis oleh orang alim..

Diperjuangkan oleh orang yang ikhlas..

Dimenangi oleh orang-orang pemberani syahid..

Namun, seringkali dinikmati oleh orang-orang pengecut…"

Maka, fikir-fikirkanlah.. di dalam kumpulan mana yang kita mahu berada..SALAM TARBIAH!


2 comments:

Insan Rabbani said...

Assalamu'alaikum.

Macam menarik saje buku ni.

Tahu tak mana2 kedai yang ada jual buku ni?

cahaya kelembutanku said...

saya beli buku ni melalui pos dari indonesia..