Thursday, February 17, 2011

Ada Apa pada Khalifah?

Bismillahi wal hamdulillah.. moga-moga Allah kurniakan lagi kekuatan untuk menulis.

Ada apa pada khalifah Allah? Saya seringkali mengasak pemikiran agar apa yang dihadapi mengandungi hikmah untuk diri.

Saya senang untuk bermusafir, tidak kira jauh mahupun dekat. Apatah lagi musafir itu dengan tujuan untuk melihat 'ayat-ayat' Allah. Maka dengan izin Allah kami bermusafir ke suatu tempat sanctuari taman gajah serta gunung senyum. Terima kasih kepada sahabat-sahabat 'classmate'yang begitu 'understanding' sepanjang permusafiran kita :)

gambar di atas adalah terumbu karang di dalam gua. dulu gua ini berada di dasar lautan, 'revolusi' bumi berlaku maka telah tabentuklah tanah melayu di zaman paleolitik. terumbu-terumbu ini yg asalnya di dasar laut. -sumber that tourist guide.

gua yang sangat tinggi. tidak dapat terbayang bagaimana umat2 dahulu mengukir gua..

suasana di dalam gua.pembentukan rumput hijau dalam gua di gunung senyum. it is glowing in the dark. rumput ini hanya ada di dalam gua shj. subhanallah.

gajah yang sentiasa redho :)

Beningnya hati melihat kebesaran Allah Taala, melihat ciptaan kejadian makhluk yang teramat unik. Alam terbentang luas tanpa hadir rasa pertelingkahan pada sebuah sunnatullah, semua akur pada takdir dengan memberi ikrar taat setia. Setiap saat dan detik memperagakan aksi tersendiri, seolah-olah telah lama menekuni sebuah skrip dan dialog drama, tiada rasa kaku dan kekok padanya tika beraksi di hadapan layar dunia, cukup indah. Alangkah indahnya jika setiap saat dalam hidup kita dapat dilalui dengan perasaan bahawa ini, sering diperhatikan. Melindungi diri daripada melakukan kesilapan yang kelak akan dipertanggungjawabkan di hadapan Tuhan.

Lalu, apakah beza kita dengan makhluk Allah yang lain. Maksud saya dengan perkataan "kita" ialah manusia a.k.a human a.k.a satu-satunya makhluk yang Allah ciptakan dengan misi dan visi yang cukup besar. Hamba & KHALIFAH.

Maka akan keluarlah jawapan-jawapan buku yang kita sangat arif untuk menjawabnya berdasarkan skema jawapan, tetapi apakah kita punya 'rasa'. Rasa yang saya maksudkan di sini ialah rasa kehambaan rasa kesyukuran serta rasa bahawa kamu itu KHALIFAH!

Saya tidak malu untuk menyebut perumpamaan berbentuk makhluk Allah bernama haiwan kerana Allah juga tidak malu membuat perumpaan nyamuk di dalam al quran;


Bezakah kita dengan haiwan?

manusia terdiri dari komponen aqal, ruh serta jasad. Haiwan juga mempunyai komponen yang sama tolak= AQAL. Apakah lebihnya aqal berbanding segalanya? Apa yang akan berlaku jika manusia tiada akal? Cuba kita bayangkan keadaan ini:

Kata Ulama' jika manusia tidak punya akal, nescaya manusia akan pupus di muka bumi Allah swt kerana:

1. Secara fizikalnya manusia lemah. Berbanding gajah comel di atas, agak-agak mana lagi kuat. Kita ke gajah? sudah semestinya gajah. Manusia, apabila tidak dapat menggunakan akal, mereka adalah makhluk yang paling lemah. Mereka akan hidup di hutan bersama-sama haiwan yang lain dalam keadaan jasad yang paling lemah. Manusia akan cuba minum air sungai menggunakan mulutnya kerana meniru perbuatan kuda tanpa dapat berfikir untuk menggunakan tangan untuk menghirup. Lalu dia akan di sambar buaya. Mati. Sesetengah lagi minum air sungai yang kandungan bakteria sangat tinggi, lalu manusia yang tidak punya akal, tanpa imunisasi yang cukup dan berada di hutan ini menggunakan air tanpa dididihkan, lalu berlaku jangkitan bakteria serta kuman yang teruk tanpa boleh berfikir bagaimana untuk ikhtiar sembuhkan diri. Mati. Perlu diingat perumpaan ini adalah perumpaan apabila ALLAH TIDAK MEMBERI AKAL KEPADA KITA. Saya sengaja menulis tentang ini supaya kita bersyukur Allah memberi akal kepada kita.

2. Jika dibandingkan dari sudut kekuatan fizikal sahaja, manusia akan kalah seratus peratus dalam 'rat race' hidupan di muka bumi ini. Cuba bayangkan harimau dengan senangnya boleh membaham manusia kerana kelajuan manusia berlari hanyalah tidak sampai separuh kelajuan harimau berlari.

3. Manusia mempunyai kulit yang terdedah serta tulang yang lembut dan rupa fizikal yang menarik jika dibandingkan dengan haiwan yang lain. Maka sudah semestinya manusia merupakan antara target mereka yang utama untuk di makan. daripada susah-susah mencari beruang yang berkuku tajam untuk makan baik aku baham manusia, kuku tak tajam, lari pun 'slow' je. monolog harimau :) kurang sikit risiko kecederaan.


4. Jadi jika manusia berada di kalangan 'mereka' semua tanpa akal, manusia adalah makhluk yang paling awal akan pupus di muka bumi.

Tetapi sahabat ada sesuatu yang menjadikan kita berbeza di atas dunia ini. Yang menjadikan kita lebih mulia dari segalanya. Yang membezakan tugas dan tanggungjawab kita di atas dunia ini. Yang kelebihan itu hanya ada pada kita bahkan tiada pada malaikat. Itulah kuasa akal, daya intellektual pemikiran. Dan itulah yang dicemburui iblis suatu ketika dulu.

Dengan kuasa akal manusia;

1. Manusia samada muslim atau bukan muslim berkembang biak membentuk tamadun. Melakukan imigrasi, membuka tanah-tanah baru, bercucuk tanam, berkembang biak, meningkatkan taraf ekonomi, dan berlumba-lumba memajukan diri. Adakah ada elemen sebegini dalam dunia haiwan? Tiada bukan?

2. Apabila berlakunya pembukaan tanah peneroka dan sebagainya, yang menjadi mangsa selalunya haiwan. Banyak flora dan fauna pupus disebabkan 'tangan' manusia juga. Saya berfikir, kalaulah haiwan punya akal, pasti mereka akan menuntut hak sama rata dari sudut pembahagian tanah dan harta di muka bumi ini. Seterusnya mungkin akan berlaku perang besar antara haiwan dan manusia. Tetapi ianya tidak berlaku. Allah yang maha kaya telah aturkan segalanya. Tiada perkataan 'kebetulan' yang berlaku dalam aturan hidup di dunia ini.

3. Manusia dengan kekuatan akalnya juga bukan sahaja boleh memikirkan kebajikan sesama manusia, malah kebajikan haiwan. Sebagai contoh, antara binatang-binatang terancam di Malaysia ialah gajah, maka gajah tergolong dalam kalangan haiwan yang perlu dipelihara. Saya sempat melihat klip video bagaimana PERHILITAN dan kakitangan Taman Gajah bersusah payah memindahkan gajah-gajah ke tempat selamat. Mengapa mereka tidak memindahkan diri mereka sendiri? mengapa perlu bantuan lori, traktor, ubat pelali dan sebagainya untuk dipindahkan? jawapannya mudah, kerana mereka sendiri tidak menyedari dan tidak akan pernah sedar bahawa mereka akan pupus. Kerana apa? kerana mereka tidak punya akal. Mereka memerlukan 'khalifah' @ manusia untuk memikirkan hak-hak serta kebajikan mereka yang mereka sendiri tidak akan pernah sedar. Berapa banyak taman-taman negara yang dibuat hanya untuk memastikan 'kebajikan' haiwan-haiwan terjaga.

tag nama yang pelajar sekolah di atas berbunyi "dilarang mandi dan menunggang bersama gajah", daripada ketua unit gajah.(agak-agak yang ketua unit gajah tu manusia ke gajah? sepatutnya gajahlah yang perlu menjadi ketua untuk memastikan kebajikan anak-anak buah gajah agar tidak dibuli manusia) =)

Konsep Khalifah

Tetapi bagi manusia mempunya akal sahaja tidak cukup untuk bergelar seorang khalifah. Terdapat pakej lain yang memerlukan kita untuk beraksi sebaik mungkin. Disitu letaknya peranan ruh serta keimanan. Maka dengan adanya pakej lengkap ini kita akan lebih mulia dari segalanya. Iman yang ada di hati yang menjanjikan bahawa seorang khalifah tidak akan bersifat zalim kepada binatang apatah lagi sesama manusia. Kerana tanpa iman, manusia akan kembali menjadi seperti haiwan.

Saya cukup percaya hanya Allah sahaja yang paling mengetahui betapa manusia punyai daya kompentensi yang tinggi untuk bergelar khalifah di muka bumi bagi melaksanakan misi khilafah.

Berkatanya Ibnu Khaldun tentang Khilafah;

“Iaitu meletakkan segala perkara di atas pandangan syarak untuk kebaikkan akhirat dan kehidupan dunia mereka yang dirujuk kepada pemerintah,dan kehidupan dunia itu,semuanya mestilah dirujuk kepada orang yang arif di dalam syarak untuk dihukumkan demi kebahagiaan akhirat,hakikatnya khilafah itu mestilah dipegang oleh orang yang arif Ilmu Syariat untuk menjaga agama dan mentadbir dunia dengannya” (Rujuk : Muqaddimah Ibnu Khaldun jilid 2 m/s : 518 terbitan : Lajnah Al-Bayanul ‘Arabi yang ditahqiq oleh Dr.Ali Abdul Wahid Wafi)

Kerana tanpa misi hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini kita akan melalui kitaran sia-sia kehidupan. Lahir, hidup,bersekolah,bekerja,bersara dan seterusnya meninggal. Kerana itu, sesiapa yang Allah inginkan kebaikan keatasnya maka Allah akan memberikan kefahaman agama kepadanya.
عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
مَنْ يُرِدِ اللّهُ بِهِ خَيْراً يُفَقّهْهُ فِي الدّينِ
(صحيح البخارى ومسلم)
“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”

Maka beruntunglah bagi sesiapa yang berdirinya, duduknya, baringnya adalah untuk mengingati Allah seraya berkata tidaklah engkau ciptakan ini dengan sia-sia, maha suci Engkau maka peliharalah kami dari api neraka.

Bersyukurlah Allah telah memilihmu sebagai khalifah!

1 comments:

ibnuyassir said...

Ar Rayah World News

Pasti !!! Masjidil Al-Aqsa, Palestin Akan Dibebaskan oleh seorang KHALIFAH

http://ibnuyassir.blogspot.com/