Wednesday, November 10, 2010

Tragedi Memali : ibrah di sebalik naqbah..

kepada sahabat-sahabat yang ingin mendapat maklumat lanjut dan kronologi secara terperinci, sila ke link :

currently reading this book

keluarga as syahid

Senarai nama syuhada'


Tentera mengepung penduduk kampung

Bismillah..
Mutu pembacaan ilmiah & tarbawi saya sebulan dua ini amat teruk saya rasa. Jadi biasanya saya akan memulakan 'larian' saya kembali dengan membaca cerita-cerita perjuangan serta syuhada', especially yang berlaku di dalam negara kita agar saya dapat membayangkannya secara jelas.
Sebuah buku Memoir tragedi Memali karya ustaz Ridhuan Mohamad Nor betul-betul mendidik jiwa saya supaya berfikir. Betapa kerdilnya kita di medan perjuangan islam...betapa senangnya kita berjuang pada masa sekarang... kita adalah generasi senang setelah puluhan malah ratusan pejuang dulu dipanggil syahid oleh Allah swt. Sehingga sekarang saya masih lagi belum mampu menghabiskan bacaan buku itu yang hanyalah 298 muka surat. Saya masih lagi tidak mampu menghabiskan bacaan kerana saya selalu sahaja tidak dapat menahan diri ini kerana terlalu tersentuh dengan peristiwa-peristiwa yang dicoretkan. Jadi proses pembacaan saya berlangsung dengan cukup 'perlahan' tidak kurang juga banyak kolam air mata yang tertumpah.

Antara peristiwa yang menyentuh hati, ialah bilamana as Syahid Ustaz Ibrahim Libya sedang berceramah dengan nada yang cukup bersemangat mengajak masyarakat kampung supaya kembali kepada islam, di hadapannya hanya ada 2 orang tua yang mendengar ceramahnya. Namun ustaz Ibrahim tetap meneruskan ceramahnya selama 2 jam tanpa henti tanpa ada riak sedih pun di wajahnya..
Dimanakah kita sekarang ini?
Di saat anak-anak usrah kita liat ke usrah,daurah,tamrin serta mukhayyam, apakah yang terdetik di hati kita?
Di saat kita mahu mentarbiyah penduduk kampung, apakah outcome yang jika jangkakan?
Di saat kita mendapat sokongan luar biasa, ingatlah mereka yang menumpah darah untuk perjuangan islam ketika masyarakat memandang jengkel kepada mereka... dan sungguh, kita perlu menginsafi kemenangan apatah lagi kekalahan...

AL FATIHAH BUAT PEJUANG-PEJUANGMU YA ALLAH...

AS SYAHID USTAZ IBRAHIM LIBYA
Sahabat-sahabat seperjuangan serta penduduk Kampung Memali.

Profail as Syahid Ustaz Ibrahim Libya
Ijazah Sarjana Muda Syariah al Azhar Mesir,
menyambung pelajaran dalam uslub dakwah di benua Afika dan mendapat biasiswa kerajaan Libya.
1973 memasuki Maahad Dakwah di Tripoli. Di Libya beliau sempat dididik oleh tokoh besar Ikhwanul Muslimin, Shaikh Abu Salam.
Pulang ke tanah air menjadi seorang murabbi yang gigih,
Merupakan Rais Lajnah Tarbiah Dewan Pemuda PAS,
Merupakan penggerak utama progran-program haraki pada waktu itu.

Tarbiahlah yang memisahkan diantara pejuang Islam dengan pejuang bukan islam, klise yang sentiasa diulang Ustaz Ibrahim dalam program mencetak kader jamaah.
Ayah ana sgt mementingkan ilmu, ana akan dihantar balik ke asrama (Maahad) jika meloloskan diri balik ke rumah (di Baling), ulas ustaz Islah anak sulung ustaz Ibrahim yang mengenang kembali kehangatan kasih sayang ayahnya.
Ayah juga menunjukkan teladan yang baik dalam budaya ilmu, beliau gemar membaca, membuat rujukan kitab tidak membuang masa dengan perkara berfaedah ujar ustaz Islah dalam nada suara yang bergetar tanda kerinduan yang sarat kepada ayah yang telah berkelana di negeri abadi.
Tiga orang sahabat karib ayahnya, Ustaz Fadzil Nor (bekas presiden PAS) , Ustaz Nik Mat sering menziarahinya di asrama dan tidak lokek menitip wang sebagai belanja kepada anak-anak yatim pejuang Memali...

Ya Allah..masukkanlah kami di dalam golongan hambamu yang memperjuangkan Deen yang suci.


2 comments:

Khaulah Azwar said...

Subhanallah! Allahu Akbar!

Syukran Yani, antara sbb akk slalu ziarah rumah Yani sbb inilah..adk solehah akk ini sarat dgn tarbiyah dan kisah2 perjuangan =)

Smg Allah mengampunkan segala dosa2 kita, tajdid kembali niat berjuang di samping menjadikan sirah perjuangan umat2 terdahulu sbg ibrah & resapi ruh perjuangan yg telah ditinggalkan oleh mereka.

Adk kak fizah, jom berjanji, moga hidup mulia mati syahid adlh dambaan kita, i'Allah. Doakan k.fizah istiqomah, tidak lelah di ats jln perjuangan ini.

Uhibbuki fillah =)

cahaya kelembutanku said...

Kak..doakan kita semua kak..rindu zaman tarbiyah kakak2...:)