Wednesday, March 4, 2009

Sejarah Pahit yang ditangisi - Andalusia- "Menangislah kamu seperti perempuan kerana tidak mampu menjaga kerajaan seperti orang lelaki"

Setelah ditanya mengenai sejarah andalusia oleh adikku, maka terhasil jugalah entri ini. :)

EROPAH… Bila sebut prkataan EROPAH, dlm fikiran ana cuma trfikir sebuah negara yg penduduknya terdiri dr orang-orang barat shj. Tak terfikir langsung nak ambil tahu…tapi, jgn tertipu hanya pd nama…hakikatnya, di sinilah pernah terbinanya sebuah negara Islam terkuat di dunia. Prtama kali ana ditanya tentang Andalusia, terpinga-pinga juga menjawabnya. Hanya teringat pd sebuah lirik lagu nasyid kumpulan Far East “Maassalamah Ya Andalus” dan “Al-Hambra”…tapi masih tak dapat memberikan apa-apa maklumat. Rupa-rupanya ada kisah yg menarik dan pahit trhadap umat Islam di sini. Mungkin ramai yg tak tahu atau menyedarinya, namun inilah hakikatnya. Utk tahu lebih lanjut, ikuti catatan di bawah…

*********************************************************

Drpd Berita Harian Online, 20 April 2008. Tajuk: Ulul Albab: Mratapi Andalus Demi Mrapatkan Umat, oleh Abdurrahman Haqqi. Prmusuhan, ksenangan serta kecintaan terhadap dunia faktor keruntuhan kerajaan Islam di Sepanyol.

“MENANGISLAH anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yg hilang krn kamu tidak dpt mmeliharanya seperti kaum lelaki.”

Begitulah ucapan seorang bonda Raja dlm sejarah Islam di Andalus, Sepanyol. Ia diucapkan oleh Aisyah kpd anaknya Abu Abdullah drpd puak Bani al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam Granada pd 21 Muharram 897 Hijrah (H) yg memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kpd Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella.

Dgn itu, brakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yg berkuasa selama 800 tahun.Bani al-Ahmar adlh puak yg menguasai wilayah Islam terakhir di Sepanyol iaitu Granada drpd 620 H hingga 897 H, pd tahun di mana prjanjian di atas dimeterai. Prjanjian yg membabitkan 67 prkara itu termasuk jaminan keselamatan orang Islam di Sepanyol yg pd akhirnya tidak pernah direalisasikan bahkan selepas 300 tahun kemudian, Islam dan tanda-tandanya terhakis di bumi Sepanyol, seolah-olah Islam dan tamadunnya tidak pernah wujud di negara itu walaupun ia prnah menyinari dan mnerajuinya selama 800 tahun.

Prjanjian ini akhirnya dimeterai krn mnerima banyak tekanan drpd orang Kristian Sepanyol trmasuk kejadian paling memilukan dlm sejarah Islam pd 892 H. Pd masa itu ribuan umat Islam yg dijanjikan boleh mnyelamatkan diri dgn berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.Dlm kejadian itu, ribuan umat Islam mati bergelimpangan bermandi darah selepas tentera Kristian membunuh mrk. Sebelum itu, ketika mrk bersembunyi di dlm rumah, dgn lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar dr rumah mrk dgn aman bagi membolehkan mrk menaiki kapal utk berlayar keluar dr Sepanyol dgn mmbawa barang keperluan masing-masing. Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan orang Islam yg ingin meninggalkan Sepanyol terjamin. Ramai umat Islam yg meragui tawaran tentera Kristian itu. Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yg akan mmbawa mrk berlabuh di pelabuhan, mrk kemudian mengambil keputusan mnerima tawaran itu.Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai mmbawa seluruh barang keperluan mrk pergi ke pelabuhan itu.

Bagaimanapun, ada umat Islam yg tidak mmpercayai tawaran tentera Salib itu terus bertahan dan bersembunyi di rumah masing-masing. Selepas ribuan umat Islam Sepanyol brkumpul di pelabuhan, dgn pantas tentera Kristian menggeledah rumah yg ditinggalkan mrk sebelum membakarnya. Ribuan umat Islam yg berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian mmbakar kapal yg dikatakan akan mengangkut mrk keluar dr Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa krn mrk tidak bersenjata. Kebanyakan mrk adalah wanita dan kanak-kanak, sdangkan tentera Kristian mengepung mrk dgn pedang terhunus.Selepas mnerima arahan pemimpin, ribuan tentera Kristian itu kemudian membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir trdengar tetapi dgn buas tentera Kristian terus mmbunuh warga awam yg sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dgn kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yg biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dlm sejarah umat Islam yg tidak boleh dilupakan.

Banyak cerita yg mnyayat hati seperti ini dibukukan seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal seperti Ibn Hazam mnceritakannya dlm kitab mashurnya al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal.Selepas kejadian itu dan mmerintah Sepanyol selama 300 tahun, tidak ada tanda atau simbol Islam yg kekal di negara itu. Umat Islam juga diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol dgn pelbagai ugutan dan seksaan yg sangat kejam, mngerikan dan mnakutkan dan tidak ada belas kasihan. Orang Kristian di Sepanyol tidak mahu Islam wujud lagi. Oleh itu kita dapati umat Islam sangat tersepit sehingga ada yg mengaku Kristian padahal mrka seorang Muslim krn terlalu perit dugaan yg dialami mereka.

Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 H di bawah kepemimpinan panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas kemasukan mrk melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pd tahun itu, Sepanyol beransur-ansur muncul menjadi sebuah negeri yg makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, malah terus meluaskan empayar di negeri sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan sebagainya jatuh ke tangan umat Islam.

Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yg luas, mrk masih tetap memberikan toleransi kpd suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yg juga kwsn pergunungan.Islam sudah mnerangi Sepanyol dan oleh krn sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang Sepanyol yg tulus dan ikhlas mmeluk Islam. Mrk bukan hanya bragama Islam, namun mrk sungguh-sungguh mmpraktikkn kehidupn secara Islam. Mrk tidak hanya mmbaca al-Quran malah brtingkah laku brdasarkn al-Quran. Keadaan tnteram sprt itu brlangsung hampir 6 abad lamanya.Penguasa dan pemimpin Islam pd masa itu sangat brwibawa dan digeruni. Abdul Rahman al-Dakhil, sebagai contoh, adlh orang yg mndirikn Khilafah Bani Umayyah di Andalus. Ketika dijemput pemimpin Kristian yg dibantunya dlm memerangi musuh mrk, beliau dipelawa minum arak, tetapi beliau menolak secara diplomasi dgn katanya: “Aku memerlukan tambahan utk otakku bukan utk mengurangkannya.”

Bagaimanapn, selama Islam brada di Andalus brabad-abad lamanya itu, mrk tetap di keliling orang kafir Sepanyol yg sedia menanti utk menghapuskn Islam di negara itu, namun mrk selalu gagal. Beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Mrk kemudian mnghantar perisik utk mengkaji kelemahn umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu mnemui cara utk menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkn iman mrk dgn serangn pemikirn dan budaya.Mrk secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan utk mmujuk kaum mudanya agr lebih suka mnyanyi dan menari drpd mmbaca al-Quran. Mrk juga mengirim sejumlah ulama palsu yg kerjanya mniupkan prpecahan di kalangn umat Islam Sepanyol. Akhirnya usaha mrk mmbuahkn hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.Di samping itu, antara punca lain yg mmbuat Andalus hilang drpd peta sejarah umat Islam adlh prbalahn dan prmusuhn sesama sendiri antara mrk sehingga menjadi lebih drpd 20 puak yg mmpunyai negeri sendiri.

Antaranya Bani Jahur, Bani ‘Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. Dgn wujudnya ramai puak ini, mudahlh musuh Islam di Andalus mrebut kembali tanah mrk krn mrk mngetahui kelemahn umat Islam. Apa yg mnyedihkn ada umat Islam yg menjual agama dan negara demi kepentingn peribadinya.Sebagai contoh, Abu Zaid, gabenor daerah Balansiah ketika rakyatnya mmberontak dia mmbuat prjanjian dgn Raja Kristian Choinawi utk mmbantu mmadamkan pmberontakn itu. Sebagai habuannya, Abu Zaid akan mmberikan bberapa kwsn kpd Choinawi dan mmbayar ‘jizyah’ tahunan kpdnya. Jizyah dlm Islam mesti dibayar bukan Islam kpd pemerintah Islam, tetapi apa yg dilakukan Abu Zaid yg bragama Islam adlh terbalik apabila berjanji mmbayar jizyah kpd Choinawi yg bragama Kristian.800 tahun bukan masa yg singkat. Selepas umat Islam ‘menghidupkan’ Sepanyol dan mnjadikannya bangsa yg brtamadun, brbanding bangsa lain di Eropah, akhirnya ia seolah-olah tidak pernah wujud di negara itu? Peristiwa ini amat mnyedihkan bagi umat Islam spanjang zaman.

Sepanyol sekarang bukan Sepanyol dahulu. Sepanyol hari ini bukanlh Andalus pd satu masa dulu. Sepanyol sekarang adlh Sepanyol yg mmpunyai seorang menteri prtahanan wanita, Carme Chacon yg boleh mmeriksa barisan tentera negaranya wlupun dlm keadaan hamil sprt dilaporkan akhbar pd 14 April lalu.Sbnrnya musuh Islam dan umatnya tetap satu. Dr dulu hingga skrg musuh Islam tetap ada, cuma ia berbeza orang dan jenteranya. Mrk tetap ingin melenyapkan Islam sedapat mungkin dgn apa juga cara. Dgn mngambil contoh Andalus yg hilang dan mncari sebab kehilangannya trmasuk kelemahan akidah dan trlepas drpd jalur yg lurus, prmusuhan sesama sendiri, brpihak kpd bukan Islam, kesenangan yg tidak trkawal dan kecintaan trhadap dunia, tidak mustahil ia juga akan brlaku di mana-mana. Dan ketika itu ucapan bonda Aisyah pd prmulaan tulisan ini akan trdengar kmbali. Wallahu a’lam.

Hasil Nukilan :Dr. Danial Zainal Abidinmailto:Abidindzcsyifa@streamyx.com

Halaqah.net

3 comments:

hajarzainal said...

yani, keagungan andalus bermula dari gibraltar =)

may yesterday's achievement inspire us to conqure tomorrow!

Anonymous said...

sepanyol.syurga yg hilang.

Allah tk pernah menzalimi hamba2Nya bahkan merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri...

islah nafsak wad'u ghoirok

persiapkan dirimu,misi menawan kembali telahpun bermula.

-s5-

Anonymous said...

em, Gibraltar n Constantinople?