Kalam da’ie..Kepada khai,mtk maaf banyak-banyak sebab baru hasilkan entri ni (valentine’s day). Untuk hasilkan artikel ni saya perlukan gambar ‘kawan-kawan’ yang didakwahkan supaya ianya berjaya membentuk imej reality di alam siber ini. Tetapi, artikel ini pending memandangkan wayar usb hanset hilang sekejap tempoh hari menyebabkan gambar-gambar yang diambil xboleh diupload.(Allah mahu didik diriku supaya bersabar mungkin).
Berkesempatan untuk mengikuti operasi Hari Valentine tempoh hari menyebabkan diri ini terfikir seketika. Adakah aktivis-aktivis dakwah sudah melakukan dakwah secukupnya atau tidak? Adakah mereka hanya berdakwah di dalam lingkungan mereka sahaja (usrah,daurah,khatibah etc) sehinggakan ramai masyarakat di luar sana hanyalah kenal Allah hanya pada nama sahaja. Lebih-lebih lagi para pemimpin yang sibuk membangunkan ‘bumi’ dengan konkrit tanpa membangunkan jiwa dengan iman. (kredit & tribute kepada kerajaan islam di Kelantan kerana bijak meletakkan prioriti pembangunan yang betul bagi pendapat saya).
Kami diberi privilege untuk mendekati sesiapa sahaja yang mahu mendengar secebis ingatan kepada Tuhan. Berbekalkan name tag dan risalah yang diberikan kami berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil dengan harapan sedikit sebanyak boleh mencapai seramai mungkin manusia yang berteraburan di tepi pantai pada detik 12 malam.
Salah satu senario yang berlaku...
Assalamualaikum wbt dik...
Waalaikumussalam... (alHamdulillah muslimah rupanya dia, saya teragak-agak untuk menegur kerana pakaian dia agak mengelirukan saya).
Dik, buat apa kat sini?
Saje.. jalan-jalan, lepak-lepak..kami memang biasa sampai 2,3 pagi kat sini..
Oo.. ambil angin malam sepoi-sepoi bahasa eh?hehe
Hehehe ha’ah kak.Akak 2 orang ni ada apa kat sini? Ada cegah-cegah maksiat ke?he..
Eh kami xdelah sampai nak tangkap orang.. sempena Valentine Day ni kami saje je datang sini nak kongsi sikit sebanyak ttg valentine ni..tambah pulak nak cari kenalan-kenalan baru mcm adik-adik ni..
Oo hehe.. akak ceritalah pasal valentine tu..apa yang kami tahu mcm kat tv..
Oo valentine ni sebenarnya takde pun dalam islam, ianya perayaan mengarut yang dibuat mula-mula zaman Rom..kemudian Paderi buat.adik boleh baca dengan detail dalam artikel ni.. Umat islam sepatutnya x perlu ikut apa yang orang kafir buat, sebab kita bimbang kalau kita ikut apa yang mereka buat, kita berkemungkinan akan tergolong di kalangan mereka.Na’uzubillah..
Ha’ah kak..kitorg ni main ikut jer.. em.. kak, orang macam kitorg ni Allah sayang ke ??
Eh, mestilah Allah sayang.. Allah sayang semua mahluk dia sebab tu lah Allah beri rezeki kat makhluk dia tanpa putus dan henti..
Tapi kami ni macam ni..Allah sayang ke orang mcm kami..?
Ada satu kisah, pada zaman dahulu…(saya ceritakan sedikit sebanyak kisah pelacur yang memberi minum anjing yang kehausan.Dengan hanya belas kasihannya kepada anjing,maka Allah masukkannya ke dalam syurga..)
Bergenang air mata mereka.Oh sungguh, mereka amat memerlukan sentuhan iman..
Kak, sebenarnya kan..kalau saya ingatkan mati..mesti saya tak dapat tidur malam tu.. mesti saya akan bertaubat sungguh-sungguh malam tu..saya takut Allah ambil nyawa saya dalam keadaan saya mcm ni..tapi saya xkuat,xder orang nak ajar,xder orang nak tolong ajarkan agama..
Kali ini giliran air mata saya pula bergenang.. menginsafi diri yang mungkin mendengar peringatan tentang kematian hampir setiap hari..tapi adakah saya mampu untuk bermujahadah semalaman suntuk..bertaubat dan menginsafi diri sebagaimana sahabat saya ini..perlahan-lahan hati kecilku mengatakan tidak.
(Pertemuan itu berakhir dengan resolusi sahabat-sahabat baru saya ini perlu mencari aktivis-aktivis dakwah di kampus masing-masing,dekati masjid @ surau kolej, dekati sahabat-sahabat yang baik, bertanyakan ustaz-ustaz dan lain-lain)

Dalam perjalanan balik, ana berbual dengan sahabat ana khairani, "khai, nampaknya kita kene buat usrah kat sini sebulan sekali, dan kalau boleh kita jadikan ianya suatu 'requirement' agar mad'u tidak jauh dari da'ie.Lepas usrah, kita pegi lah berkawan dengan diorang,kejap je kan,xsampai 1 jam"... Khai mengangguk2 dengan semangatnya :)
P/S : Dan baru-baru ni ana dapat mesej daripada adik-adik ni..."kak, Allah sayang kami tak?" mesej-mesej seperti ini cukup untuk membuat hatiku bertambah 'sayang' pada mereka. :)
Banyak sungguh pengajaran yang Allah dedahkan. Tidak semestinya orang yang kelihatan tidak bersungguh-sungguh mengamalkan islam samada dari sudut penampilan dan akhlak itu tidak ada di dalam hatinya perasaan cintakan islam. Malah mungkin mereka yang menjadi front liner jika islam ditekan.mungkin.. Cuma tanggungjawab menyedarkan mereka jatuh ditangan kita. Betullah kata-kata Hassan Hudhaiby bahawa kita pendakwah bukan penghukum. Ramai daie yang memilih mad’u, menyebabkan masih ramai yang dahagakan kisah-kisah nabi sirah dan pengisian tauhid.
Dalam dunia yang penuh pancaroba, memang tidak dapat kita lari dari ragam manusia. kita sering memberikan setiap orang itu kepada kategori mereka masing-masing. Ada yang baik, kita panggil ustaz, ada yang senyap kita panggil pendiam, ada yang banyak ragam, kita panggil dia mengada-ngada, inilah hakikatnya, hakikat dunia yang sungguh berbeza.
Umar Abdul Aziz pernah menyebut,
‘Aku tidak pernah mengharapkan pun sahabat-sahabat rasulullah SAW tidak berselisihan. Sesungguhnya perbezaan itu adalah rahmat‘
‘Aku tidak pernah mengharapkan pun sahabat-sahabat rasulullah SAW tidak berselisihan. Sesungguhnya perbezaan itu adalah rahmat‘
memang benar, hidup kita ini dipenuhi dengan pelbagai jenis sikap manusia, tidak kira baik atau buruk. semua ini memang tidak lari kerana setiap orang itu muncul dari institusi keluarga yang berlainan. maka pembentukan sikap itu lebih menonjolkan hasil didikan ibubapa itu sendiri. apabila kita bercakap tentang melayu, maka kita akan diajar tentang adab secara tidak langsung. Kita diajar apa itu menghormati orang tua, apa itu jangan menyampuk, apa itu membanggakan diri. semua perkara ini kita ditegah dari melakukannya.
Apabila kita melihat kawan-kawan kita, memang tidak dapat dinafikan setiap mereka itu ada sifat baik dan sifat buruknya. Sering kita ambil sikap untuk kata, ‘ooh..dia ni camni camni camni…patutlah dia camtu’,. secara automatiknya kita memberi satu kategori kepada seseorang. Sesetengah orang sering melabelkan orang lain, hidup begitu susah, setiap manusia memang ada yang tak kena. Sebab kita sering mahukan sebuah ‘perfection’ yang ‘unbeatable’. Tetapi, jika mahu hidup di dunia realiti ini, maka hampir mustahil untuk kita dapat lakukannya. ‘BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA’
persoalannya bukanlah kenapa orang lain ‘begitu-begini’, tetapi lebih kita tanya, kenapa kita merasa demikian, kenapa kita meminta kesempurnaan? Tiada unsur lain yang menyebabkan kita meminta kepada kesempurnaan melainkan hati kita sering merasakan diri kita ini yang benar dan kitalah yang betul dalam semua perkara.
Said Hawwa menulis dalam tazkiyatun nafs, dalam bab ’sombong’ yang beliau definasikan sebagai cabang kepada ujub’. dan sering kita dengar tentang hadith sahih tentang kibr,
‘Tidak akan masuk syurga seorang yang di dalam hatinya ada kibr’(kesombongan) sebesar zarrah‘
‘Tidak akan masuk syurga seorang yang di dalam hatinya ada kibr’(kesombongan) sebesar zarrah‘
Beliau juga menyebut, ujub itu terbahagi kepada 3 peringkat, dan peringkat terendah sekali adalah ujub kepada para manusia. Walaupun ia terendah sekali, tetapi ia tetap memberi signifikan. Sesungguhnya sifat mutakabbir itu hanya layak bagi Allah, bukannya pada manusia
Jelas tertulis dalam hadith qudsi.
Jelas tertulis dalam hadith qudsi.
‘Kebesaran adalah kain sarung-Ku dan kesombongan adalah kain selendang-Ku. Barangsiapa yang melawan Aku pada keduanya, nescaya akan Aku menghancurkannya’
Said Hawwa juga menyebut,
Said Hawwa juga menyebut,
‘Ketahuilah bahawa tidak akan bersombong kecuali orang yang menganggap dirinya besar dan tidak akan menganggap dirinya besar kecuali orang yang memiliki sifat kesempurnaan’
dan yang paling menusuk kalbu ana sekali, beliau juga menggariskan beberapa sebab yang mewujudkan sifat ujub yang ana akan fokuskan kepada 2 perkara iaitu Ilmu pengetahuan dan Amal Ibadah ujub dengan ilmu pengetahuan dalam penerangan beliau tentang sifat ini tertimbul dari ilmu pengetahuan, beliau menyebut ‘ Ia menganggap mereka bodoh dan menunggu agar mereka yang memulai mengucapkan salam. jika salah seorang dari mereka memulai ucapan salam kepadanya, atau berdiri menyambutnya, maka ia akan menganggap hal itu sebagai bakti dan dukungan kepadanya yang harus disyukuri oleh orang lain .’

‘ia meminta dilayani oleh setiap orang yang berinteraksi dengannya. Jika mereka kurang memberi layanan, ia mengherdik mereka seperti budak atau pekerjanya. seolah-olah pengajaran ilmu yang disampaikannya merupakan jasa besar dari dirinya’
ujub dengan amal ibadah
apabila kita ini terlebih banyak bertahajjud atau qiyam, memang tidak lari dari penyakit merasakan diri ini lebih baik dari orang lain. merasakan diri ini lebih wara’ dari orang lain. yang menyedihkan lagi apabila kita mengaku dengan perasaan tersebut dan merasakan diri kita ini betul2 lebih baik dari orang lain.
Said Hawwa menyebut,
‘ia memandang orang lain binasa dan memandang dirinya selamat(kerana amalnya), padahal dengan pandangannya tersebut ia memastikan dirinya binasa. ini jelas dengan sabda Rasulullah SAW
‘Apabila kamu mendengar orang mengatakan, ‘Orang-orang telah binasa’ maka dialah orang yang paling binasa’ (riwayat muslim)

Hadith ini bermakna perkataan orang tersebut menunjukkan bahawa ia melecehkan makhluk Allah dan terpedaya sehingga ia merasa aman dari siksa-Nya dan tidak takut kepada pembalasan-Nya. bagaimana ia tidak mempunyai perasaan takut sedangkan perlecehan terhadap orang lain itu sudah cukup menjadikan dirinya sebagai orang yang zalim. Rasulullah SAW bersabda
‘Cukuplah seseorang dinilai telah berbuat kejahatan bila ia merendahkan saudaranya sesama muslim’ (riwayat muslim)
‘Cukuplah seseorang dinilai telah berbuat kejahatan bila ia merendahkan saudaranya sesama muslim’ (riwayat muslim)
Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyyah menyebut salah satu pintu ke neraka itu adalah sifat Sombong, kerana kesombongan itulah yang menyebabkan syaitan dijanjikan neraka dan kerana kesombongan itulah yang menyebabkan kufurnya hati kita kepada Allah SWT.
Ayuh daie murabbi sekalian, halusi hati, baharui iman, semoga dirimu disenangi mad’u mu
Wallahu ‘alam.
Wallahu ‘alam.

4 comments:
basah juge mata ni bila baca post ni.
brsmgt jugak dah tini nak mantapkan lagi diri ni dgn ilmu. dan i'Allah dpt juge satu hari nnti bntu kwn2 lain. (:
salam wbt..
subhanallah tulisan yani bisa melembutkan hati akak..jzlh sis..akak yakin orang lain yg membacanya juga begitu..akak doakan semoga yani terus tsabat di jalan ni..
seronok jumpa yani kat kb mall hari tu..makin cantik manis adik akak sorang ni..fastaqim kama umirta
fatinzuharah
slm.kak fatin.rindunya kat akak...ingat time jd anak buah akak dulu.hehe..insya Allah klw xsempat jumpe kat dunia kita jumpe d syurga =)
slm.kak fatin.rindunya kat akak...ingat time jd anak buah akak dulu.hehe..insya Allah klw xsempat jumpe kat dunia kita jumpe d syurga =)
Post a Comment