Sunday, October 18, 2009

Adilkah manusia? (isu sebat)



Isu sebat: Jawapan untuk Tun Mahathir
Oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

PENDAPAT: Negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir, berkata di dalam blognya: “Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak?” Beliau kemudiannya berkata:

“Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; “Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil”. Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama? Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan.

Sebagai menyahut pertanyaan Tun tersebut, saya sediakan artikel ringkas ini memberikan input kepada beliau dan mereka yang masih tertanya-tanya.

Arak dan statistik keburukkannya

Sebelum saya menghuraikan secara ringkas jawapan bagi persoalan Tun Dr Mahathir, izinkan saya meningingatkan pembaca berkenaan arak dan statistik keburukannya, sehingga menyebabkan Islam begitu bersungguh melarang dan meletakkan undang-undang ke atas peminumnya juga. Ia sebenarnya tidak lain kecuali untuk mengutamakan keadilan umum, di atas hak individu.

Menurut statistik rasmi di United Kingdom, ‘Alcohol-related crime’ adalah seperti berikut :-

* Hampir 45 – 46 % kejadian jenayah, mangsa meyakini bahawa penyerangnya di bawah pengaruh alkohol (arak).

* Angka tadi naik kepada 58% dalam kes serangan oleh individu yang tidak dikenali.

* 39% keganasan dalam rumahtangga melibatkan alkohol (arak)

* Hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk. (Source: British Crime Survey 2007/08)

Manakala di Russia pula, sekitar 72 % kes pembunuhan adalah berkait dengan akibat minuman arak. 42 % pula kes mati bunuh diri hasil dari arak. Menurut Prof Nemtsov, Russia kehilangan (mati) rakyatnya seramai 500,000 ke 750,000 akibat arak.(sumber)

Tanpa had dan kawalan berkesan, lebih menggerunkan di UK statistik menunjukkan 30% kanak-kanak berumur 11 hingga 15 tahun turut minum arak sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Selain penyebab jenayah, arak juga turut memberi impak amat buruk kepada kesihatan.

Seorang doktor di London memaklumkan purata umur pesakit dari kesan arak adalah berumur 20 ke 30 tahun, sebelum ini biasanya mereka yang berumur 50 tahun ke atas sahaja yang kerap ke hospital akibat arak.(rujuk)

Dilaporkan oleh organisasi kesihatan, di United Kingdom jumlah penduduk yang dirawat akibat penyakit dari kesan minuman arak bertambah dua kali ganda sejak sepuluh tahun lepas.

Secara purata rakyat Britain ‘menelan’ arak sebanyak 9.6 liters arak keras dan tulen secara tahunan, ia lebih dahsyat dari Russia yang mencatatkan 8.7 liter sahaja. Sedangkan Russia diwartakan sebagai negara yang terbanyak �peminum arak’ sebelum ini.

Hasil dari petikan statistik ringkas ini, adakah masih terdapat pemimpin yang begitu �TIDAK BERTANGUNGJAWAB’ sehingga sanggup mempertahankan penjualan arak dengan MELUAS tanpa kawalan dan hanya beriman dengan �kawalan diri’?, disamping membawakan hujjah hak kebebasan individu, bangsa, agama tertentu dan hak syarikat?.

Sebenarnya, membenarkan penjualan arak adalah satu pencabulan hak bagi majoriti masyarakat Malaysia yang lain, kerana ia mendedahkan individu lain dalam keadaan bahaya sebagaimana yang berlaku di UK, Russia dan lain-lain negara aktif arak.

Hukuman minum arak dalam Islam

Dalam Islam, arak itu sendiri adalah haram atau dilarang. Sama ada minum sedikit atau banyak adalah sama sahaja larangannya. Demikian juga dadah. Sabda Nabi s.a.w: “Apa-apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram ( walaupun belum memabukkan) ( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud : Ibn HIbban : Sohih )”

Ayat al-Quran dan hadis berkenaannya terlalu banyak dan amat biasa kita baca. Islam mengakui wujudnya manfaat kecil dari arak tetapi manfaatnya adalah berdiri di atas kehancuran pihak yang lain. Sama seperti judi, yang menang sememangnya gembira namun ia menang di atas kekalahan pihak yang lain.

Firman Allah swt :
“Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan” (Al-Baqarah : 219)

Lagi Allah menegaskan :
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah ( DIHARAMKAN) perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90)

Terbukti secara teori dalam ilmu Islam dan realiti dari statistik yang diberikan, arak adalah salah satu punca utama jenayah, selagi ruang dan peluang dibuka seluasnya selagi itulah manusia akan melakukan kesalahan mabuk.

Kerana itu nabi menyebut: “Arak itu adalah ibu kepada kejahatan ( Hadis Hasan : Albani ; Silsilah Ahadith As-Sohihah, 1854)”

Gunakan kuasa dengan tepat dan adil, selaras dengan perjuangan kamu. Adil dalam konteks arak adalah mengharamkannya dalam penjualan bebas.

Hukuman sebat bagi peminum arak

Bagi sesiapa sahaja yang bertanya dari kitab mana, dan buku mana, sumber mana diambil hukuman sebat bagi peminum arak, jawapannya adalah seperti berikut, tindakan mengenakan sebatan bagi peminum arak adalah diambil dari kumpulan hadis-hadis Nabi yang cukup banyak, antaranya:

1. Hadis Nabi:”Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka ( Riwayat Abu Daud).”

2. Hadis Nabi: “Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim)

3. Hadis Nabi “Sesungguhnya dipukul (sebat) bagi arak (peminum) dengan kasut-kasut dan pelapah tamar sebanyak 40 kali.” (Riwayat Muslim)

4. Hadis Nabi: “Sesungguhnya Nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu Bakar ( di zaman pemerintahannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan, di ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan orang ramai dari kampong dan desa lalu berkata: Apa pandangan kamu berkenaan sebatan bagi peminum arak?, lalu Abd Rahman Auf berkata: Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan (merujuk kepada sebatan qazf), maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan ( Riwayat Muslim dan Abu Daud)

5. Athar sahabat

“Berkata Ali r.a : Rasulullah menyebat peminum arak 40 sebatan, Abu Bakar juga 40 sebatan, Umar menyebat 80 sebatan, semuanya adalah sunnah, dan ini ( merujuk kepada 40 sebatan) adalah lebih aku sukai. ( Riwayat Muslim )

6. Hadis Nabi “Seorang lelaki dibawa ke penghakiman Nabi s.a.w kerana telah mabuk (minum arak), lalu Nabi s.a.w mengarahkan sekitar 20 orang lelaki untuk menyebatnya dengan pelepah tamar dan sepatu (Al-Bayhaqi) Jika dikatakan, itu semua dari hadis, maka apakah pula dalil al-Quran yang menyuruh? jawabnya adalah:

“Kami turunkan kepadamu Al Qur’an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan.” ( An-Nahl : 44)

Maka itulah tugas hadis nabi yang bersumber dari kata-kata, perbuatan dan perakuan baginda Nabi s.a.w yang menjadi penjelas kepada Al-Quran.

Perbezaan tafsiran ulama

Ulama telah bersepakat bahawa mesti dijatuhkan hukuman bagi peminum arak, sama ada ia minum banyak atau sedikit. Namun ulama berbeza pandangan dalam sekurang-kurang dua perkara iaitu :

1.Adakah hukuman sebatan ke atas peminum arak adalah dalam kategori hukuman hudud atau hanya ta’zir.

Kebanyakan mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie meletakkan hukuman sebat ke atas peminum arak sebagai hukuman hudud.

Namun demikian, sebahagian ulama lain seperti At-Tabari, Ibn Munzir, As-Syawkani, Ibn Qayyim, Al-Qaradhawi, Al-Uthaymin menganggapnya sebagai ta’zir semata-mata, yang mana ia terserah kepada hakim untuk menentukan jumlah sebatan dan keperluan untuk menyebat atau tidak.

Menurut Al-Qaradhawi, ia terbukti sebagai ta’zir kerana wujud pelbagai dalil yang menunjukkan:

a)Jumlah pukulan berbeza mengikut keadaan peminum. Ada yang dikenakan 40 kali dan ada yang dikenakan 80 kali. Sifat hukuman hudud adalah tetap, namun ini berbeza-beza menunjukkan ia hanyalah dari hukuman ta’zir, yang terserah kepada kebijaksanaan hakim menentukan jumlahnya.

b)Dalam salah satu hadis yang tesebut di atas, Abd Rahman Auf r.a mencadangkan kepada Umar agar diletakkan hukuman yang paling rendah berbanding hudud, ini menunjukkan hukuman ini adalah ta’zir kerana menurut majoriti ulama, hukuman ta’zir tidak boleh melebihi hudud.

c)Cara penjatuhan hukuman juga berbeza, ada yang disebat menggunakan sepatu, ada yang menggunakan tangan, baju dan sebahagian lain menggunakan pelepah tamar. Tidak mungkin hukuman ini dari jenis hudud jika sedemikian kerana hukuman hudud semestinya fixed atau tetap jumlahnya.

Berdasarkan penelitian terhadap dalil dan perbincangan para ulama yang panjang lebar dan mendalam, secara peribadi saya cenderung kepada hukuman ini adalah ta’zir dan bukan hudud. Wallahu’alam.

2.Jumlah sebatan yang perlu dikenakan

Dalam hal ini, para ulama terbahagi kepada dua kumpulan:

Pertama: Mazhab Hanafi, Maliki, At-Thawry dan Hanbali : Sebatan sebanyak 80 kali sebatan sama ada lelaki atau perempuan.

Kedua: Mazhab Syafie : 40 kali sebatan sahaja. Namun jika hakim mendapati kesalahannya berat, hakim boleh menambah sehingga 80 kali sebatan, dan lebih dari 40 sebatan itu dikira sebagai ta’zir , manakala 40 sebatan yang awal adalah hudud.

Bolehkah pesalah tidak disebat?

Ia bergantung kepada mazhab mana yang dterima pakai oleh Mahkamah Syariah Malaysia, hakim dan negara Malaysia.

Jika Hudud

Jika kesalahan meminum arak diterima sebagai kesalahan hudud sebagaimana pandangan mazhab Syafie. Pesalah tidak boleh dielak dari hukuman sebat tadi kerana hukuman sebat dikira sebagai hak Allah SWT.

Hak Allah perlu didahulukan dari sekalian hak makhluk dan sesuatu itu termasuk dalam hak Allah apabila kemudaratannya meluas dan umum, seperti zina, riba, murtad dan sebagainya. Namun pelaksanaan hukuman hudud ke atas seseorang pesalah, boleh ditangguh berdasarkan keperluan tertentu.

Dalam kategori ini, semua pesalah walau kali pertama melakukan kesalahan, akan dihukum kerana mudarat ke atas masyarakat umum.

Jika Ta’zir

Jika kesalahan ini dianggap dari jenis Ta’zir, maka hakim mempunyai kuasa untuk mengampun sama ada atas alasan ia kesalahan kali pertama, ia seorang yang lemah, ia seorang tidak sihat dan sebagainya. Demikian menurut mazhab Syafie.

Justeru, sebelum dikritik keputusan hakim, bincangkan terlebih dahulu mazhab mana yang ingin diikuti di Malaysia, khususnya dalam konteks hukum minum arak ini.

Sejauhmana sebatan ini adil?

Pertama

Jika ia benar-benar hudud dan termasuk dalam hak Allah swt, tidak layak manusia yang hina untuk mempersoalkan tentang keadilan, kerana Allah swt sentiasa adil walau menghumban sesorang manusia ke nerakaNya.

Allah tetap adil walau Dialah yang menyesatkan sekumpulan manusia dan memberi hidayat kepada sebahagian yang lain. Kerana apa adil? Kerana piawan adil Allah tidak sama dengan manusia yang dicipta.

Keadilan Allah adalah kerana dia yang mencipta kita, dan Dia berhak untuk menentukan apa sahaja yang diinginiNya.

Jika kita merasakan Allah tidak adil menyesatkan sekumpulan manusia, maka individu tersebut perlu memulangkan nyawa yang Allah berikan kepada mereka dan beredar dari galaksi ciptaan Allah swt ini ke sebuah alam ciptaan sendiri.

Kedua

Sebatan ini, tidak zalim sama sekali kerana ia bukan bertujuan menyakitkan seperti sebatan ekor pari yang menghakis kulit, daging dan sampai ke tulang. Sebatan ini hanyalah untuk pengajaran, seperti denda cikgu kepada muridnya, ibu kepada anaknya atas tujuan mengajar, atas asas belas kasihan dan bukan dendam kesumat dan �geram’ memukul.

Hasilnya, pelbagai displin sebatan telah ditentukan dalam hukum Islam iaitu:

* Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan.
* Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja.
* Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tanganya melebihi paras ketiaknya, atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul, dan pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak pula terlalu perlahan.
* Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan.
* Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk.

Adakah jenis pukulan yang sebegini pun dianggap zalim? Jika demikian guru-guru sekolah, ibu bapa, suami memukul, adalah lebih zalim kerana hukumannya tidak dibicarakan di mahkamah.

Bagi saya, jika hukuman sebegini pun masih zalim, tentunya yang menuduh ia zalim itu akan jadi lebih zalim kerana bercakap dan mengkritik tanpa ilmu.

Ketiga

Sejauh mana pula adilnya orang luar seperti Tun Dr Mahathir dan yang lainnya, mempertikaikan hak seorang hakim dalam membuat keputusan?.

Bukankah sang hakim lebih berhak menentukan hukuman yang paling adil disebabkan beliau berada sepanjang sesi perbicaraan dari kedua-dua belah pihak, mendengar pandangan kesemua pembela dan pendakwa.

Justeru, adalah TIDAK ADIL bagi orang di luar mahkamah untuk mengkiritk sewenangnya keputusan hakim, sedangkan mereka tidak mempunyai gambaran sebenar di sebalik sesebuah kes.

Mungkin sahaja, si pesalah sendiri redha dan ingin hukuman dilaksanakan. Justeru itulah keadilannya.

Keempat

Bukankah keputusan hakim patut dihormati sebagai menunjukkan autoriti badan kehakiman dari sebarang gangguan luar?

Kita kerap mendengar di mahkamah civil bahawa sebarang keputusan mahkamah tidak boleh dikritik terbuka sama ada di dalam mahkamah atau diluarnya, kerana akan termasuk di dalam kesalahan �menghina mahkamah’ (contempt of court), lalu mengapa pula pihak yang kurang maklumat di luar ini dengan senang dan mudah mengkritik keputusan mahkamah Syariah?

KelimaDi dalam Islam, adil atau tidak bukan terletak pada logik aqal manusia semata-mata, namun adil yang sebenarnya adalah melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah swt dan baginda Nabi s.a.w.

Kalau dalam konteks kes ini, pesalah juga telah bersedia menjalani hukuman tersebut sebagai satu proses kesedaran dirinya. Adilkah kita mempersoalkan hak pesalah untuk mendapat hukuman.?

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan kepada beberapa jawapan kepada persoalan yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir.

* Dr. M: Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak?

Ya, benar, bukti-bukti berkenaan wujudnya hukuman ini bersumberkan hadis-hadis yang sohih.

* Dr. M: Apakah ada larangan dalam Islam untuk mengkanunkan undang-undang syariah?

Di dalam Islam, tiada larangan sama sekali, malah digalakkan bagi mencapai keseragaman dalam keputusan hakim.

* Dr. M: Jika Kerajaan tidak mengkanunkan undang-undang syariah melalui proses perbahasan dan kelulusan oleh dewan-dewan undangan, atau melalui fatwa oleh ulama-ulama, bolehkah tulisan-tulisan ulama tertentu dijadikan asas hukum mengikut pendapat hakim?

Ini saya tidak pasti, memang sepatutnya tidak boleh hakim menjatuhkan hukuman tanpa undang-undang itu dikanunkan, cuma saya tidak pasti mengapa ia belum dikanunkan. Sepatutnya sesebuah kerajaan negeri bertanggungjawab untuk mengkanunkannya.

Namun sebelum ia dikanunkan, pertikaian yang diutarakan oleh Tun memang relevan dalam konteks hukum dunia, namun adalah salah di sisi Islam, kerana semua hukum Islam sepatutnya dikanunkan.

Mahkamah ini pula adalah mahkamah Syariah yang khusus untuk hal ehwal orang Islam dan bukannya mahkamah sivil. Justeru apa ertinya sebuah mahkamah dinamakan ‘SYARIAH’ jika keputusan yang berlandaskan hukum Islam juga tidak boleh dilaksanakan.?

Jika demikian, tiada erti nama ’syariah’ pada sebuah mahkamah Syariah lagi.

* Dr.M: Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; “Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil”. Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?

Lebih zalim yang mengkritik tanpa ilmu. Hukuman ini adalah adil atau tidak telah diulas di atas, dan ia juga tertakluk kepada penentuan sama ada hukuman sebat peminum arak adalah hudud atau takzir.

* Dr. M: Sudahkah kita rujuk kepada Al-Quran berkenaan dengan minum beer (arak) dan hukuman yang perlu dikenakan supaya keadilan tercapai?

Oleh kerana dirujuk kepada hukum al-Quran dan Hadis nabi, hukuman tersbeut patut dijalankan. Kerna arak terbukti merosakkan umum dan bukan hanya individu terbabit semata-mata. Cuba lihat dan fahami statistik yang disertakan di atas.

* Dr. M: Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan.

Jika seseorang itu berkefahaman sesat ‘anti hadis’, sudah tentu hanya akan mendakwa tiadanya ayat Quran yang specifik sebagai alasan, namun terlalu banyak ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan keperluan untuk taat dan mengikuti Rasulullah, bagaimana cara taat?

Tidak lain dengan merujuk kepada sumber perincian ayat-ayat Al-Quran yang biasanya bersifat umum, sumber itu adalah hadis-hadis Nabi.

Tidak menerima Hadis bermakna seseorang itu tidak menerima Al-Quran.

Gelaran yang tepat bagi kumpulan yang tidak meyakini hadis, sebenarnya bukan kumpulan ‘anti hadis’ tetapi golongan anti ‘Al-Quran dan Hadis’ sekaligus.

Kalaulah semua hadis itu tidak boleh dipercayai sebagaimana dakwaan kumpulan sesat ‘anti hadis (& Quran) tadi,’ bagaimana mungkin boleh wujud ayat-ayat Al-Quran seperti di bawah yang menyuruh kita mengikut Rasulullah?

Sudah tentu akan berlaku kontradiksi, dan mustahil Allah akan mengarahkan kita kepada sesuatu perkara yang mustahil atau di luar kemampuan untuk diikuti.

Kerana itu jelas bahawa apabila Allah memberitahu bahawa Allah menjaga Al-Quran, maka yang termasuk juga di dalam peliharaan Allah adalah hadis-hadis. Kerana itu sehingga hari ini, kita dapat lihat sistem yang sangat terperinci dalam tapisan sesebuah hadis.

Dalam konteks sebatan ini, ayat-ayat yang menjadi sumber hukumannya merujuk kepada semua ayat-ayat yang mengarahkan kita untuk patuh kepada Nabi s.a.w dan mencontohinya, itulah satu-satunya jalan selamat dan diredhai Allah swt . Sebagai contoh ,ayat nya adalah dari Surah Al-Imran ayat ke-31:

Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Ali- Imran : 31 )

dan sebuah ayat lagi: Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. ( An-Nisa : 59)

Jadi bagaimana ingin mengikuti dan merujuk kepada Rasul dalam konteks hukuman bagi peminum arak ini?. Jawapannya sekali lagi, iaitu dengan merujuk kepada hadis-hadis baginda Nabi. sebahagiannya telah disebut di atas.

Manakala kitab-kitab rujukannya boleh rujuk senarai kitab yang dirujuk di dalam nota kaki artikel ini. Itulah kitab-kitabnya.

Jika mahu melihat gambar kitabnya, saya sertakan salah sebuah darinya yang amat penting. Semoga dapat membacanya dengan faham.

Akhirnya diharap Tun Dr Mahathir sudi untuk membaca ulasan dan jawapan saya terhadap soalan-soalan yang dikemukakan.

5 Ramadhan 1430 H
26 Ogos 2009.

Friday, October 9, 2009

TARBIAH DAN SIASAH: SUATU SOROTAN SEJARAH DAN MUHASABAH


as Syahid Imam Syamil Besayev, pejuang mujahidin Chechen

Setelah ditaklifkan selaku panelis artikel di dalam sebuah majalah, fikiran penulis ligat memikirkan bahan atau tema yang sesuai untuk dihidangkan kepada sahabat seperjuangan. Maka terdapat dua pilihan yang diberikan kepada penulis samada mahu menulis berkenaan tarbiah atau siasah. Setelah menulis satu artikel berkenaan tarbiyah, penulis merasakan perlu ada keserasian antara dua perkara ini. Maka penulis menulis lagi dan terhasilnya artikel ini. Penulis merasakan kita bukan lagi berada pada zaman mempelajari apakah itu makna tarbiah? Apakah itu kehendak tarbiah? Apakah definisi siasah? Akan tetapi kita sudah berada di penjuru untuk memanifestasikan kehendak tarbiah di dalam siasah dan pentadbiran.

Kita sudah lama di tarbiah secara langsung atau tidak langsung oleh sebuah entiti gerakan yang bertungkus lumus memanifestasikan Islam dalam pemerintahan, maka mungkin kitalah yang akan mengibarkan panji kemenangan suatu hari nanti. Sebagaimana terkibarnya bendera Daulah Uthmaniyyah di kubu pertahanan Kota Konstantinopel pada 29 Mei 1453 menggenapkan 800 ratus tahun penantian atau janji Rasulullah terhadap kota itu. Tidak sedikit peluh dan darah ditumpahkan untuk menawan kota itu, bahkan Hassan si pengibar panji kemenangan islam di Konstantin juga telah syahid sejurus memacakkan panji. Adakah nasib kita juga akan serupa? Atau adakah darah kita telah tertumpah dahulu sebelum sempat mengecap kejayaan sebagaimana orang-orang terdahulu demi menyambung mata-mata rantai perjuangan islam. Hanya Allah yang menentukan kita berada di fasa islam yang mana. Namun begitu tanggungjawab kita ialah meneruskan misi Allah swt sebagai khalifah di muka bumi.

Izinkan penulis berkongsi sejarah. Saya cuba untuk menulis artikel ini dalam jangka hayat saya selama hampir 5 tahun mengenali apa itu jamaah dan harakah Islamiyyah. Melihat pelbagai tribulasi, diuji iman dan kekuatan semangat, diuji minda dan kadangkala gagal mengawal keadaan, melihat keguguran individu tertentu dalam lapangan ini serta melihat juga perubahan mendadak individu tertentu daripada hanya insan yang biasa-biasa sahaja menjadi seseorang yang amat berkarisma serta berbakat. Saya sekadar memerhati.

Pada peringkat permulaannya, semasa di Darul Quran saya amat ketagihkan ilmu dan pengajaran apabila minda dan hati mula diketuk untuk memahami gerakan Islam secara lebih mendalam, lebih adil serta terbuka daripada mengikut secara membuta sahaja. Saya mula mengiltizamkan diri mencari sebanyak mungkin keilmuan agama. Masih ingat lagi apabila murabbi di sana telah membuka cerita berkenaan 11 September 2001, Peristiwa Wan Nor Hayati UTM serta peristiwa penyerangan Amerika terhadap Taliban amat memberi kesan pada jiwa saya pada waktu itu. Saya masih berbekalkan semangat kekuatan gerakan Islam ketika itu dan membawanya hingga kini. Semoga Allah perkenankan.

Sejarah ringkas gerakan: sorotan (80’an – 2009)

Daripada sedikit perkongsian ilmu dan pembacaan,berdasarkan sejarah, apabila sahaja PKPIM ditubuhkan, usaha murni mereka adalah menyalin serta mencetak sebanyak mungkin tulisan dan buku-buku kecil karangan Imam As Syahid Hassan AL Banna, Abu A'la Al Maududi, Syed Qutb dan Muhammad Qutb sebagai sumber evolusi minda. Kampus UM bergegar pada era 60-70an dengan suatu suara Islam yang progressif. Walaupun Kaum Muda (salafi) telah menggegarkan Malaya dengan aliran Islam yang mudah dan terbuka pada era tahun 30an dahulu, namun ketumbukan ini lebih banyak membawa dilema dan kontroversi berbanding daripada impak yang dibawa oleh gerakan mahasiswa Islam sendiri. Pada era pasca Revolusi Iran, mahasiswa hampir kesemuanya mula memahami aurat, tidak janggal bersolat semasa kuliah kerana sosial telah diubah melalui dakwah yang progressif. Pada era ini front-front gerakan mahasiswa Islam mula bercambah. Namun hal ini tidak langsung membawa apa-apa masalah kerana memahami bahawa perjuangan mereka adalah sama dan mereka menganggap PAS adalah ideologi untuk mereka bawa apabila tamat belajar samaada di dalam atau luar negara.
Pergolakan mula berlaku apabila Anwar Ibrahim mula memasuki UMNO dan perubahan sikap jelas kelihatan kepada beberapa jamaah utama Malaysia. Jamaah yang asalnya mempunyai satu tujuan dan satu jalan yang sama mula menukar kepada konsep satu tujuan dan pelbagai jalan. Di sebalik perpecahan yang berlaku, saya melihat ini adalah tanda dan titik tolak kearah kematangan (Betullah sabda Nabi disebalik pertikaian umatku ada rahmat). Setiap organisasi dan pergerakan akan berinteraksi dengan perancangan musuh, persekitaran, teknologi dan ijtihad semasa ulama'. Hal inilah yang membawa halatuju jamaah kepada beberapa sikap yang mungkin agak bertentangan. Tetapi dalam masa yang sama, saya juga menyimpan ruang di dalam hati dan fikiran bahawa kemungkinan besar ijtihad Anwar Ibrahim juga tersilap pada ketika beliau menerima tawaran Dr Mahathir kerana setelah masuknya Anwar ke dalam UMNO, ulama’ gerakan islam timur tengah mengisytiharkan beliau sebagai penderhaka gerakan islam. Hal in kerana, dengan berpegang kepada hadis Nabi bahawa kambing yang seekor lebih mudah dibaham serigala dari kawanan kambing berkumpulan.

Saya bukanlah peminat Anwar Ibrahim. Disebalik kelemahan yang ada, saya tidak menafikan dia adalah manusia yang hebat. Pada tahun 1998, apabila beliau dipecat daripada kesemua jawatan parti dan kerajaan, beliau berjaya membawa dampak kesatuan fikrah sehingga berjaya juga membawa masuk golongan sosialis dan golongan demokratik tulen ke dalam tahalluf politik tanahair. Ini satu tanda baru kematangan organisasi di Malaysia dalam menghalakan meriam mereka kepada sasaran yang satu. Dan pada waktu itulah kita mula menggunakan tahalluf sebagai senjata baru, dan dakwah kita dalam diam mula meresap ke dalam hati-hati non-muslim. Berbekalkan semangat bahawa islam untuk semua, tema PAS for All telah berjaya mencuit beribu-ribu pengundi tegar parti bangsa.

Adab dengan pelbagai jamaah serta sejarah pejuang terdahulu

Sejak kecil saya diasuh oleh ayah saya agar menghormati kesemua jamaah Islam. Bahan bacaan, literasi, kaset ceramah dan pengaruh pelbagai jamah ada dalam keluarga kami. Saya langsung tidak terfikir untuk membanding-bandingkannya sehinggalah semasa di sekolah menengah saya mula mengikuti perkembangan PAS secara serius.
Krisis berlaku dalam paradigma tunas Islam kini apabila wacana-wacana inter-jamaah mula dilakukan dikalangan intelektual Islam. Lebih malang apabila wacana-wacana ini dilakukan oleh golongan intelek yang langsung tidak berasal daripada madrasah jamaah Islam. Kata-kata mereka yang disulami dengan ayat-ayat Quran, kajian hadis yang ditahqiqkan kelihatannya indah dan menawan. Terlalu ramai penggerak Islam muda yang terjebak dengan fikrah ini. Mereka mula mempersoalkan mengapa perlunya jamaah dan bagi yang sudah berada di dalam jamaah mengapa perlu aku wala’?.

Perlu saya tegaskan, mahasiswa Islam kini buta sejarah. Di sekolah mereka dihidangkan dengan ilmu sejarah ala orientalis yang memandulkan ketajaman politik mereka, memusnahkan jiwa jati mereka. Natijahnya, mereka dangkal dalam menilai sesuatu apabila ketiadaan disiplin sejarah dalam minda mereka. Mereka diajar untuk menyalahkan ulama' yang memulakan dakwah jamaah, yang mula memuslihkan masyarakat sejak beberapa puluh tahun dahulu sejak kejatuhan Empayar Uthmaniyyah. Maka, lahirlah jiwa-jiwa anak bangsa yang sekular pemikirannya dan mempunyai jati diri penjajah dan itulah yang penjajah mahukan.

Masih saya ingat ketika mempelajari matapelajaran sejarah ketika berada di tingkatan 4. Pada masa itu saya dan rakan-rakan dimomokkan bahawa Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong merupakan pejuang bangsa yang menderhaka kepada British dan Raja-raja Melayu. Mereka berjuang dalam masa yang sama tidak mempunyai alatan senjata yang canggih seperti British dan askar-askar melayu yang di’tarbiah’ oleh British. Dan silibus sejarah telah meletakkan ‘mindset’ kepada pelajar bahawa golongan menderhaka itu sebenarnya kolot, jumud dan selalunya akan kalah kepada British. Sahabat-sahabat, adakah pernah kita terfikir bahawa mereka itu syahid? Perlu kita ingat ketika tahun 1920 ‘an, khilafah islamiyah masih lagi wujud di atas muka bumi Allah ini walaupun usaha untuk menjatuhkan khilafah telah menampakkan hasil, pun begitu, pimpinan khlilafah islamiyah sempat menghantar tentera berkapal ke Acheh untuk mempertahankan kerajaan islam daripada serangan Eropah ketika itu. Tok Janggut serta Haji Abdul Rahman sangat terkenal dengan kealiman dan kewara’kan mereka. Pernahkah kita terfikir bahawa kemungkinan besar mereka merupakan proksi kerajaan islam di Tanah Melayu ketika itu kerana khilafah belum lagi diruntuhkan? Jika betullah perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya benar, maka sudah pasti mereka yang bersamanya syahid. Mereka bukan sahaja berjuang kerana tidak puas hati mengenai cukai, tetapi memperjuangkan ketuanan khilafah hingga ke titisan darah terakhir.

Baiah dan pertikaian

Allah sejak azali telah berjanji kepada makhluknya yang bernama insan tentang syurga dan ganjaran bagi mujahidin, syuhada' dan golongan yang berdakwah. Allah sejak azali telah menyayangi golongan mutatohhirin. Sedangkan manusia yang lemah ini mengaku bercinta dengan Allah, mengaku berkasih sayang kepada Allah, tetapi takut berjanji dengan Allah, Rasul dan pemimpin Islam untuk bekerja demiNya. Sepasang kekasih perlu ada pengorbanan dan penerimaan. Allah amat sayangkan makhluk yang diciptanya, sedangkan kita manusia tidak bermaya untuk bercinta denganNYa. Hanya mengaku dibibir-bibir dan biasa-biasa sahaja. Mereka lupa, pertikaian, rasa serba salah, rasa ragu itu adalah datangnya daripada syaitan dan nafsu mereka.

Umpama memilih sebuah jamaah ini adalah seperti kita yang mempunyai sepasang ibu dan bapa. Tiada seorang pun didunia ini yang mempunyai lebih dari itu. Kenapa begitu? Kerana manusia perlu dididik melalui konsep sepasang ibu bapa yang mempunyai formulanya sendiri, yang mempunyai kaedahnya sendiri, budaya dan norma yang tersendiri. Manusia tidak boleh menerima banyak didikan serentak. Kita boleh melihat anak-anak kecil yang dilahirkan oleh sepasang suami isteri tetapi dipelihara secara bergilir-gilir oleh jiran, datuk, neneknya, ibu saudaranya yang akhirnya akan terbiar dan menjadi masalah di dalam jiwanya. Inilah umpanya kita perlukan satu jamaah yang mengasuh kita dengan idea-idea normatif, konvensional dan konkrit agar kita terbina daripada kerangka kosong menjadi padat secara perlahan-lahan. Jamaah membina individu yang kuat dan berimunisasi lengkap seperti mana ibu-bapa kita memberi vaksin polio dan BCG kepada kita sedari kecil. Inilah jamaah.

Bolehkah kita berlapang dada sesama jamaah yang berlainan?. Tentulah boleh, seperti mana kita berinteraksi baik dengan ibu-bapa jiran kita, ibu bapa kawan kita serta ibu dan bapa saudara kita. Bukankah kita dilarang biadab dengan mereka ini? Begitu juga kita dengan jamaah-jamaah yang lain. Manakala golongan-golongan yang belum tervaksin yang akan memudaratkan diri sendiri sehingga ke tahap berlakunya keciciran di jalan dakwah dan sebagainya.

Jamaah ada formulanya sendiri. Formula berbeza mengikut ijtihad ulama'nya. Baiah adalah janji kita untuk menyempurnakan kerja kita sepertimana janji kita untuk belajar bersungguh-sungguh dengan ibu dan bapa kita. Janji itu perlu ditepati kerana ianya membawa kita kepada syurga Allah. Mempersoalkan peranan jamaah adalah sikap biadab yang perlu diperangi oleh kita yang faham. Saya tidak memberi langsung petikan ayat Quran dan Hadis, bukan kerana saya menafikan keperluannya. Saya ingin sedarkan kita semua melalui realiti sikap kita. Tunaikanlah hak diri kita. Berilah kefahaman kepada diri kita sendiri, sebelum memberitahu orang lain. Fahamilah suasana serta tugas kepimpinan, beramanah serta wala’ lah dalam setiap urusan. Ucapkanlah di dalam diri sendiri bahawa “selagi saya masih hidup, saya tidak akan berhenti memberi sumbangan kepada islam, walaupun mereka mungkin melupai nama saya”. Usaha ini perlu berterusan. Cintailah jamaah Islam sepertimana kita cintakan Rasulullah SAW dan para jamaah sahabat ajmain yang dirahmati. Itulah akhlak yang mulia.

(Artikel di atas merupakan hasil idea,pembacaan,penelitian serta pandangan peribadi penulis. Sebarang komen, cadangan serta kritikan boleh disalurkan terus ke emel penulis yani_ilyanie@yahoo.com)

Wednesday, September 23, 2009

'eid mubarak

Monday, August 31, 2009

Malu alah pada kebaikan?



SALAM IMTIHAN...

Betapa berat jari jemari setelah sudah lama tidak menconteng disini. Setelah bermuhasabah, kemungkinan diri ini sudah dilanda penyakit "malu alah kepada kebaikan". Apatah lagi sudah ditegur oleh ramai sahabat tentang sepinya halawatul eeman. Adakah disebabkan sesuatu yang bersifat external ataupun diri sendiri (internal).

Setelah memerhatikan fenomena ini serta sekeliling, maka dapat disimpulkan bahawa penyakit malu alah ini memang sentiasa terjadi dikalangan diri kita serta masyarakat. Sebagai contoh setelah sekian lama tidak ke usrah, maka seseorang itu terasa seolah-olah segan untuk memulakannya kembali sedangkan dialah yang paling faham kehendak tarbiyah. Ya,sahabat-sahabat, itulah adik kepada futur yang juga penyakit dalam perjuangan. Maka,walaupun berat rasanya, saya teruskan juga coretan ini agar lamanya masa tidak menjadi sebab kepada saya untuk tidak memulakan kembali.

Contoh lain jika boleh dikongsi, katakan di dalam suatu kampung ada ahli jawatankuasa masjid yang sangat rajin berbakti pada program-program masjid. Namun apabila diuji dengan ujian persahabatan dengan ahli masjid yang lain,contohnya terasa hati dan sebagainya, maka dia mula menyepi daripada program-program dan akhirnya akan hilang daripada solat jamaah qariah tersebut. Kerana apa? Kerana setelah segalanya berlaku.. sangat jarang orang yang berjiwa besar untuk memulakan kembali kebaikan itu walaupun ianya hanya sekadar meminta kemaafan ataupun memberi kemaafan. Akhirnya.. dia larut bersama ketidakpuasan di hati serta akan beribadah bersendiri. Ini satu contoh benar yang ana dapati di tempat tinggal sendiri.

PERBAHASAN TENTANG MALU :

Malu merupakan salah satu sifat terpuji yang bisa mengendalikan orang yang memilikinya dari perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

الْحَيَاءُ لَا يَأْتِي إِلَّا بِخَيْرٍ

“Rasa malu itu hanya mendatangkan kebaikan.” (HR. Bukhari dan Muslim dari ‘Imron bin Hushain)


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَيَاءُ خَيْرٌ كُلُّهُ قَالَ أَوْ قَالَ الْحَيَاءُ كُلُّهُ خَيْرٌ

Rasulullah bersabda, “Rasa malu adalah kebaikan seluruhnya atau rasa malu seluruhnya adalah kebaikan.” (HR. Muslim)

Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Iman itu terdiri dari 70 sekian atau 60 sekian cabang. Cabang iman yang paling utama adalah ucapan la ilaha illalloh. Sedangkan cabang iman yang terendah adalah menyingkirkan gangguan dari tempat berlalu lalang. Rasa malu adalah bagian dari iman.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Suatu ketika Nabi menjumpai seorang yang sedang mencela saudaranya karena dia sangat pemalu, Nabi lantas bersabda, “Biarkan dia karena rasa malu itu bagian dari iman.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Menurut penuturan Imam Ibnul Qoyyim, alhaya’ (rasa malu) diambil dari kata-kata hayat (kehidupan). Sehingga kekuatan rasa malu itu boleh dibandingkan dengan sihat atau tidaknya hati seseorang. Berkurangnya rasa malu merupakan pertanda matinya hati dan ruh orang tersebut. Semakin sihat suatu hati maka akan makin sempurna rasa malunya.

Hakikat rasa malu adalah suatu akhlak yang mendorong untuk meninggalkan hal-hal yang buruk.

Rasa malu itu ada dua macam. Yang pertama adalah rasa malu kepada Allah. Ertinya seorang hamba merasa malu jika Allah melihatnya sedang melakukan kemaksiatan dan menyalahi perintah-Nya. Yang kedua adalah rasa malu dengan sesama manusia.

Untuk rasa malu dengan kategori pertama, Nabi jelaskan dalam sabdanya, “Malulah kalian kepada Allah dengan sebenar-benarnya”. “Kami sudah malu wahai Rasulullah”, jawab para sahabat. Nabi bersabda,

لَيْسَ ذَاكَ وَلَكِنَّ الِاسْتِحْيَاءَ مِنْ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ أَنْ تَحْفَظَ الرَّأْسَ وَمَا وَعَى وَالْبَطْنَ وَمَا حَوَى وَلْتَذْكُرْ الْمَوْتَ وَالْبِلَى وَمَنْ أَرَادَ الْآخِرَةَ تَرَكَ زِينَةَ الدُّنْيَا فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ اسْتَحْيَا مِنْ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ

“Bukan demikian namun yang dimaksud malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya adalah menjaga kepala dan anggota badan yang terletak di kepala, menjaga perut dan anggota badan yang berhubungan dengan perut, mengingat kematian dan saat badan hancur dalam kubur. Siapa yang menginginkan akhirat harus meninggalkan kesenangan dunia. Siapa yang melakukan hal-hal tersebut maka dia telah merasa malu dengan Allah dengan sebenar-benarnya.” (HR. Tirmidzi dll, dinilai hasan karena adanya riwayat-riwayat lain yang menguatkannya oleh Al Albani dalam Shahih Jami’ Shaghir no. 935)

Hati-Hati terhadap Malu yang Tercela

Saudaraku, ketahuilah bahwa ada malu yang disebut malu tercela, yaitu malu yang menjadikan pelakunya mengabaikan hak-hak Allah Ta’ala sehingga akhirnya dia beribadah kepada Allah dengan kebodohan. Di antara malu yang tercela adalah malu bertanya masalah agama, tidak menunaikan hak-hak secara sempurna, tidak memenuhi hak yang menjadi tanggung jawabnya, termasuk hak kaum muslimin.

Meskipun malu adalah tabiat dasar seorang wanita, sifat ini tidak boleh menghalangi kita untuk berbuat kebaikan. Berlumba-lumbalah dalam berbuat kebaikan sampai engkau menjadi wanita yang paling mulia di sisi Allah! Wallahu a’lam.

ilyani! rajin update blog!

Tuesday, June 9, 2009


Diriwayatkan dari Sa'ad bin Abi Waqas, hadith yang bermafhum; "Bacalah Al-Quran dan menangislah. Sekiranya tidak dapat menangis, maka buat-buatlah menangis (paksa menangis)."

Menangis yang dimaksudkan di sini ialah tangisan yang tercetus dari penghayatan kerana memahami ayat-ayat Al-Quran. Jika kita benar-benar memahami isi kandungan Kitabullah ini, kita dikhabarkan dengan azab dan ancaman Allah Ta'ala ke atas segenap manusia yang mengingkari akan syar'iat, jiwa-jiwa yang enggan untuk mematuhi suruhan dan larangan Tuhan.

Kita akan sedar betapa lemahnya kita dalam melunaskan janji-janji kita terhadap Allah Azzawajalla. Jika pembaca Al-Quran itu tidak dapat menangis, maka berusahalah sedaya mampu untuk mengalirkan air mata. Demi mengelakkan sebesar-besar musibah ke atas dirinya, iaitu kegagalan untuk menghayati firman Tuhan.

Untuk menampung kesukaran dalam memahami ayat-ayat Allah Ta'ala, amatlah digalakkan bagi kita untuk mengalunkan bacaan Al-Quran dan mentadabbur ayat-ayat tersebut. Jangan sekali-kali lupa untuk merujuk terjemahannya.

Yusuf Al-Qardhawi menyatakan bahawa kesan dari membaca Al-Furqan bakal membentuk dua sifat sahaja, sama ada sifat orang kafir atau orang yang beriman. Karakteristik orang kafir telah dinyatakan di dalam ayat 5, surah Fussilat yang membawa maksud; "Dan mereka berkata, `Hati kami sudah tertutup dari apa yang engkau seru kami kepada-Nya, dan telinga kami sudah tersumbat, dan di antara kami dan engkau ada dinding, kerana itu lakukanlah (sesuai kehendakmu), sesungguhnya kami akan melakukan (sesuai kehendak kami)."

Di dalam ayat ini, 'al-kinnah' ditafsirkan sebagai kunci yang menghalang seseorang untuk memahami Al-Quran. Contohnya, tidak berusaha untuk memahami dan mengambil iktibar dari ayat-ayat Allah Ta'ala. Manakala `waqrun' didefinisikan sebagai penyumbat yang menghalang telinga dari mendengar Al-Quran dan `hijab' pula suatu yang menghalang pandangan dari memahami intipati Al-Furqan.

Pembaca Al-Quran perlulah cuba sedaya upaya untuk memahami kalam Allah Ta'ala agar tergolong dalam kelompok orang-orang yang beriman. Inilah yang telah dinyatakan di dalam ayat 53, surah Al-Qasas, maksudnya; "Dan apabila (Al-Quran) dibacakan kepada mereka, mereka berkata `Kami beriman kepadanya, sesungguhnya (Al-Quran) itu adalah suatu kebenaran dari Tuhan kami. Sungguh, sebelumnya kami adalah Muslim."

Ayat 2, surah Al-Anfaal pula mengkhabarkan bahawa orang yang beriman apabila dibacakan ayat-ayat Al-Quran kepadanya, akan bertambahlah iman mereka. Juga mereka merasa gementar apabila disebut nama Allah Ta'ala!

Menurut Asma' bin Abu Bakar, para sahabat Rasulullah Solallahu `alaihi wassalam apabila mendengar bacaan Al-Quran, bergenanglah air mata serta dan bergetarlah kulit mereka lantaran rasa ketundukan sebagai hamba Tuhan.

Syed Qutb menambah tentang sifat yang paling menyerlah di kalangan para sahabat, iaitu menerima Al-Quran untuk mengamalkannya.

Abu Bakar As- Siddiq dan Umar Al-Khattab, ketika berada di sisi Rasulullah Solallahu `alaihi wassalam telah ditanya oleh suatu kabilah yang sedang bertengkar; siapakah yang lebih layak di kalangan kabilah itu untuk menjadi ketua. Lalu Abu Bakar menjawab si fulan, dan Umar pula menjawab si fulan. Lalu kedua-duanya bertekak dengan dengan suara yang keras sehingga turun ayat 2, surah Al-Hujuurat (larangan untuk meninggikan suara di atas suara Nabi dan untuk bersuara keras). Setelah turun ayat tersebut, kedua-dua insan agung itu mengalirkan air mata dan berbicara dengan lemah-lembut apabila berhadapan dengan Nabi.

Ayuh renung sekilas kisah tentang sikap Imam Hassan Al-Banna yang asyik mendampingi Al-Quran. Abdul Rahman As-Saati (ayahnya) menceritakan bahawa di rumahnya hanya Allah Ta'ala yang menjadi saksi bahawa Al-Banna tidak pernah melepaskan mushafnya, membaca Al-Quran dan juga berzikir.

Lazimnya, Al-Banna akan memperdengarkan bacaannya kepada Al-Hafiz dari kalangan mereka. Jika tiada Al-Hafiz di situ kecuali dari kalangan kanak-kanak, dia tetap akan menyemak bacaannya dengan kanak-kanak itu. Sujudnya juga larut dalam keimanan. Apabila Al-Banna tahu bagaimana cara Rasulullah Solallahu `alaihi wassalam mengaji, dia akan mengikut cara tersebut. Kadangkala Al-Banna membaca Al-Quran dengan penuh kegentaran, dan adakalanya gembira hingga terbawa-bawa di luar tilawahnya (apabila membaca khabar-khabar gembira yang diwahyukan oleh Allah Ta'ala).

Dikisahkan bahawa seorang anak murid Hassan Al-Basri di Basrah tidak datang ke majlis ilmunya, lalu beliau bertemu dengannya untuk bertanyakan sebabnya. Anak muridnya menjawab; semasa dia sedang membaca Al-Quran, dia terjumpa ayat 11, surah As-Sajjadah. Kerana terlalu takut dengan apa yang diberitakan oleh Allah Ta'ala, sehari suntuk dia menggeletar kerana memikirkan bagaimanakah nasibnya apabila berdepan dengan malaikat maut satu hari kelak.

Dua lagi ayat yang benar-benar menjentik sikap beraninya ialah ayat 100, surah Al-Mu'minun dan ayat 41, surah Al-Qaff. Ayuh kita sama-sama membaca ketiga-tiga ayat ini.

Bagaimana pula dengan perasaan kita?....
Diriwayatkan dari Sa'ad bin Abi Waqas, hadith yang bermafhum; "Bacalah Al-Quran dan menangislah. Sekiranya tidak dapat menangis, maka buat-buatlah menangis (paksa menangis)."

Menangis yang dimaksudkan di sini ialah tangisan yang tercetus dari penghayatan kerana memahami ayat-ayat Al-Quran. Jika kita benar-benar memahami isi kandungan Kitabullah ini, kita dikhabarkan dengan azab dan ancaman Allah Ta'ala ke atas segenap manusia yang mengingkari akan syar'iat, jiwa-jiwa yang enggan untuk mematuhi suruhan dan larangan Tuhan.

Kita akan sedar betapa lemahnya kita dalam melunaskan janji-janji kita terhadap Allah Azzawajalla. Jika pembaca Al-Quran itu tidak dapat menangis, maka berusahalah sedaya mampu untuk mengalirkan air mata. Demi mengelakkan sebesar-besar musibah ke atas dirinya, iaitu kegagalan untuk menghayati firman Tuhan.

Untuk menampung kesukaran dalam memahami ayat-ayat Allah Ta'ala, amatlah digalakkan bagi kita untuk mengalunkan bacaan Al-Quran dan mentadabbur ayat-ayat tersebut. Jangan sekali-kali lupa untuk merujuk terjemahannya.

Yusuf Al-Qardhawi menyatakan bahawa kesan dari membaca Al-Furqan bakal membentuk dua sifat sahaja, sama ada sifat orang kafir atau orang yang beriman. Karakteristik orang kafir telah dinyatakan di dalam ayat 5, surah Fussilat yang membawa maksud; "Dan mereka berkata, `Hati kami sudah tertutup dari apa yang engkau seru kami kepada-Nya, dan telinga kami sudah tersumbat, dan di antara kami dan engkau ada dinding, kerana itu lakukanlah (sesuai kehendakmu), sesungguhnya kami akan melakukan (sesuai kehendak kami)."

Di dalam ayat ini, 'al-kinnah' ditafsirkan sebagai kunci yang menghalang seseorang untuk memahami Al-Quran. Contohnya, tidak berusaha untuk memahami dan mengambil iktibar dari ayat-ayat Allah Ta'ala. Manakala `waqrun' didefinisikan sebagai penyumbat yang menghalang telinga dari mendengar Al-Quran dan `hijab' pula suatu yang menghalang pandangan dari memahami intipati Al-Furqan.

Pembaca Al-Quran perlulah cuba sedaya upaya untuk memahami kalam Allah Ta'ala agar tergolong dalam kelompok orang-orang yang beriman. Inilah yang telah dinyatakan di dalam ayat 53, surah Al-Qasas, maksudnya; "Dan apabila (Al-Quran) dibacakan kepada mereka, mereka berkata `Kami beriman kepadanya, sesungguhnya (Al-Quran) itu adalah suatu kebenaran dari Tuhan kami. Sungguh, sebelumnya kami adalah Muslim."

Ayat 2, surah Al-Anfaal pula mengkhabarkan bahawa orang yang beriman apabila dibacakan ayat-ayat Al-Quran kepadanya, akan bertambahlah iman mereka. Juga mereka merasa gementar apabila disebut nama Allah Ta'ala!

Menurut Asma' bin Abu Bakar, para sahabat Rasulullah Solallahu `alaihi wassalam apabila mendengar bacaan Al-Quran, bergenanglah air mata serta dan bergetarlah kulit mereka lantaran rasa ketundukan sebagai hamba Tuhan.

Syed Qutb menambah tentang sifat yang paling menyerlah di kalangan para sahabat, iaitu menerima Al-Quran untuk mengamalkannya.

Abu Bakar As- Siddiq dan Umar Al-Khattab, ketika berada di sisi Rasulullah Solallahu `alaihi wassalam telah ditanya oleh suatu kabilah yang sedang bertengkar; siapakah yang lebih layak di kalangan kabilah itu untuk menjadi ketua. Lalu Abu Bakar menjawab si fulan, dan Umar pula menjawab si fulan. Lalu kedua-duanya bertekak dengan dengan suara yang keras sehingga turun ayat 2, surah Al-Hujuurat (larangan untuk meninggikan suara di atas suara Nabi dan untuk bersuara keras). Setelah turun ayat tersebut, kedua-dua insan agung itu mengalirkan air mata dan berbicara dengan lemah-lembut apabila berhadapan dengan Nabi.

Ayuh renung sekilas kisah tentang sikap Imam Hassan Al-Banna yang asyik mendampingi Al-Quran. Abdul Rahman As-Saati (ayahnya) menceritakan bahawa di rumahnya hanya Allah Ta'ala yang menjadi saksi bahawa Al-Banna tidak pernah melepaskan mushafnya, membaca Al-Quran dan juga berzikir.

Lazimnya, Al-Banna akan memperdengarkan bacaannya kepada Al-Hafiz dari kalangan mereka. Jika tiada Al-Hafiz di situ kecuali dari kalangan kanak-kanak, dia tetap akan menyemak bacaannya dengan kanak-kanak itu. Sujudnya juga larut dalam keimanan. Apabila Al-Banna tahu bagaimana cara Rasulullah Solallahu `alaihi wassalam mengaji, dia akan mengikut cara tersebut. Kadangkala Al-Banna membaca Al-Quran dengan penuh kegentaran, dan adakalanya gembira hingga terbawa-bawa di luar tilawahnya (apabila membaca khabar-khabar gembira yang diwahyukan oleh Allah Ta'ala).

Dikisahkan bahawa seorang anak murid Hassan Al-Basri di Basrah tidak datang ke majlis ilmunya, lalu beliau bertemu dengannya untuk bertanyakan sebabnya. Anak muridnya menjawab; semasa dia sedang membaca Al-Quran, dia terjumpa ayat 11, surah As-Sajjadah. Kerana terlalu takut dengan apa yang diberitakan oleh Allah Ta'ala, sehari suntuk dia menggeletar kerana memikirkan bagaimanakah nasibnya apabila berdepan dengan malaikat maut satu hari kelak.

Dua lagi ayat yang benar-benar menjentik sikap beraninya ialah ayat 100, surah Al-Mu'minun dan ayat 41, surah Al-Qaff. Ayuh kita sama-sama membaca ketiga-tiga ayat ini.

Bagaimana pula dengan perasaan kita?....

Sunday, May 24, 2009

PAPISMA


PAPISMA


PAPISMA adalah merupakan nama ringkas untuk Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia yang merupakan sebuah Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar. Ia mula ditubuhkan pada tahun 2004 dengan dianggotai oleh gabungan tenaga-tenaga profesional kesihatan yang antara lain tujuannya adalah untuk membimbing ahli dan masyarakat dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang sistem penjagaan kesihatan dan perubatan.


PAPISMA sentiasa berusaha sedaya upaya untuk membantu masyarakat nasional dan global memahami dan menjiwai kaedah serta sistem perubatan dan perawatan yang selari dengan al-Qur’an dan Sunnah serta tidak bercanggah dengan ajaran Islam.


Sehingga kini PAPISMA telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk masyarakat dalam usaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang penjagaan kesihatan melalui pelbagai kaedah seperti rawatan kesihatan percuma, bengkel-bengkel kesihatan, ceramah-ceramah, pameran dan sebagainya.


Berpegang kepada moto pertubuhan : Berilmu, Beramal dan Bertaqwa, maka kini PAPISMA sedang mengorak langkah untuk menerbitkan sebuah buku berkaitan fiqh perubatan selaras dengan ILMU di dada kami, untuk dikongsi dan di AMALkan dalam rangka membina masyarakat dan insan yang berTAQWA.


Laman Web Rasmi : www.papisma.org

Thursday, April 23, 2009

Konsep ar Rahman..

Sesungguhnya Allah maha penyayang..berkesempatan membedah buku 'dengan namaMu aku hidup' tulisan amru khalid yg mgarap n mhalusi satu persatu sifat2 Allah.terasa diri dbawa scr langsung mengenali Allah.. Saya hanya mgunakan software opera mini dlm hs..dan skrg ini terasa hanya spt menaip msg.oleh krn laptop rosak,syukur kpd Allah mberiku software mini ini.:-) mudah,comel n free surfing.sdikit pengertian bkaitan konsep ar Rahman Allah iaitu rahmat n ilmuNya meliputi sgl sst,bukan murkaNya.oleh sbb itu,Allah swt cinta pd kasih sayang,bukan siksa.Allah swt menyukai maaf,bkn balas dendam.Krn itulah ketika berdoa,kita mengungkapkan, 'Ya Allah,kasihanilah kami krn ssghnya Engkau adalah Pengasih kpd kami..dan jgnlah Engkau siksa kami wpun Engkau kuasa melakukannya..'

Wednesday, April 22, 2009

Slm.saya tgh mcuba cara baru posting dgn mgunakan hanset.sgt berguna.kpd shbt2 yg punya hanset sony,usah teragak2 utk download software 'opera mini'.anda blh surf internet dgn mudah mgunakan phone anda;-) sama spt web page dlm pc,tp kecik sikit n blh d zoom.slmt mendownload.:-)